Friday, September 16, 2011

Kuliah Pembangunan Integriti Islam [KP2I]

Alhamdulillah pada hari Khamis, 15 September 2011 bersamaan dengan 17 Syawal 1432H yang lepas telah diadakan satu Kuliah Pembangunan Integriti Islam [KP2I] yang bertajuk "The Way I Live In My Life" yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Dr. Ann Wan Seng, seorang penganut Islam yang berbangsa Cina.


Sambutan yang diterima pada malam tersebut menjangkau anggaran sebenar menyebabkan tempat program terpaksa ditukar daripada Dewan Teater 1 kepada Masjid UTHM.

Pengisian yang telah disampaikan oleh Dr. Ann Wan Seng secara kasarnya berkisar tentang pengalaman beliau semasa beliau menukar agama asalnya kepada agama Islam. Selain itu, beliau turut menceritakan pengalaman beliau dalam menulis sebuah buku mengenai black metal yang telah dikaji oleh beliau selama hampir 5 tahun.

Pihak Kelab Iqra' UTHM dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sudi hadir memeriahkan KP2I pada malam tersebut. Tidak lupa juga jutaan kemaafan dipohon atas segala kekurangan yang ada pada malam tersebut.