Saturday, November 5, 2011

PENGORBANAN - Bersediakah kita semua?


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ,(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui" (QS. As-Saff, 61: 10-11)


Sebelum merasai nikmat kesenangan , kejayaan , kegembiraan pastinya pelbagai bentuk pengorbanan yang akan dilalui dan adakah kita bersedia atau redho dengan pengorbanan yang akan dilalui. Selami kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar yang memaparkan kepada kita bahawa untuk mendapatkan keredhoan Allah s.w.t pengorbanan yang pasti kita lalui dengan mengikut suruhan dariNya. Ketiga-tiga watak yang begitu taat kepada Allah s.w.t sanggup melakukan pengorbanan tenaga, harta dan nyawa demi mendapatkan nikmat syurga. Hebatnya pengorbanan mereka Siti Hajar yang rela ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim a.s di tempat yg terpencil bersama Nabi Ismail a.s , Nabi Ibrahim mengikut suruhan dari Allah s.w.t untuk meninggalkan keluarganya dan dugaan paling berat ialah melakukan penyembelihan terhdap anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s. Pengorbanan yang mereka lakukan , dijanjikan oleh Allah s.w.t pelbagai nikmat kesenangan kepada mereka sekeluarga.


Marilah kita sama-sama menjadikan iktibar disebalik kisah-kisah pengorbanan yang dilakukan oleh para anbiya yang mana kalau dilihat sekarang pengorbanan yang kita lakukan tidaklah sebesar mereka semua. Jadi bersedialah untuk berkorban walau apa jua ujian yang datang kepada kita. Yakinlah bahawa Allah s.w.t menjanjikan yang terbaik untuk kita semua.