Risalah Dakwah
Kempen “Jom Solat”
Dan dirikanlah solah pada dua
bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran
dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu
(terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang
demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.”
(Hud : 114)
(Hud : 114)
Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Daripada Ummu Habibah melaporkan
katanya, Rasulullah saw berkata, “ orang yang mengerjakan sembahyang sunat
empat rakaat selepas sembahyang fardu zohor, juga mengerjakan empat rakaat
selepas fardu zohor, maka Allah swt mengharamkan api neraka daripada membkar
orang itu
(Hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan
basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”; melainkan
dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang
ia kehendaki.”
( Riwayat Muslim )
( Riwayat Muslim )
Seksaan meninggalkan solat :
Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan
sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60
tahun.
Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan
sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan
sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan
Ka’abah (Rumah Allah)
Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan
sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak
perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki
bagi orang-orang perempuan.
Sembahyang Isya’
Barang siapa yang meninggalkan
sembahyang Isya’ nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi
Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah
semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut
mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. : “Sembahyang itu
tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang
siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
Siksaan meninggalkan solat :

Enam perkara di atas dunia
1.Dihilangkan berkat sedikit demi
sedikit yang ada pada
umurnya
2.Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
3.Tiada dipelihara baginya agama Islam 4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
5.Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh
Allah akan dia.
6.Tiada diangkat oleh
malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati
1.Dimatikan dalam kehinaan
2.Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3.Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya
sebanyak manapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur
1.Dihimpit tanah dalam kuburnya
sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan
malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2.Didatangkan Allah seekor ular
besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh
dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
3.Didatangkan malaikat yang
bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh
di langit seraya berkata:
“Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh”
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu
tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula
kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.