Sunday, March 8, 2009

KERUNTUHAN SISTEM KEWANGAN KAPITALISME

Oleh: Mohd Fakhairie bin Ibrahim
Firman Allah:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-Baqarah,ayat 275)

Dunia hari ini sekali lagi memperlihatkan krisis kewangan yang menyebabkan hampir kesemua negara mengalami kesan.Berbagai langkah yang telah diambil untuk menangani permasalahan yang berpunca daripada penggunaan sistem kapitalisme yang mengamalkan sistem pasaran bebas ini.Sistem yang dipelopori oleh kuasa besar ekonomi dunia ini iaitu Amerika Syarikat sendiri pun terpaksa mengharungi pelbagai kesan buruk akibat daripada penggunaan sistem ini.

Keadaan ini menyebabkan semua pihak tercari-cari apakah jalan keluar yang terbaik bagi memastikan kewangan dunia tidak mengalami masalah yang seteruk ini lagi.Bagi dunia Islam pula penyelesaian itu sudah ada tetapi perlaksanaannya yang agak lambat ataupun “slow” menyebabkan mereka terpaksa mengambil bahagian didalam masalah krisis kewangan sistem kapitalisme ini.Kewangan Islam yang mana merupakan sistem alternatif terbaik bagi menggantikan sistem kapitalisme yang ternyata gagal perlu dibangunkan dan digunakan secara optimum untuk menjamin keadaaan ekonomi yang lebih baik.

Kewangan Islam yang menolak serta mengharamkan riba dalam pentadbiran kewangannya merupakan salah satu sistem yang berupaya untuk membantu.Jika dilihat pada zaman Rasulullah sendiri dimana sistem kewangan menggunakan mata wang dinar dan dirham berbentuk emas,perak dan gangsa.Dengan menggunakan mata wang seperti emas,perak dan gangsa yang nilainya sama diseluruh dunia dapat membantu dalam menghadapi krisis kewangan.Tiada lagi nilai mata wang yang berbeza diseluruh dunia seperti Dolar,Ringgit,Baht,Euro dan lain-lain lagi.Di Malaysia sendiri penggunaan sistem Dinar emas pernah dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan OIC.Namun entah dimana silapnya sehingga sistem itu tidak dilaksanakan dikalangan negara anggota OIC sendiri .