Sedikit tinta saya buat tatapan masyarakat kampus mengenai SIDANA 09’ yang sudah sekian lama berlangsung, saya hanya membawa kesimpulan dimana pada keseluruhannya adalah positif kepada pembawaan nilai –nilai khusus kepada dakwah kampus. Pertamanya adalah nilai pimpinan dimana forum yang disampaikan, Ustaz Ramdhan ada menyebut bahawa mahasiswa perlu hebat dari segi 3 aspek.
2. Mahasiswa Kompitent – Memiliki Ilmu Kepimpinan
3. Mahasiswa Komitment – Perlu Istiqamah
Seharusnya mahasiswa tidak membincangkan masalah-masalah furuq sebagai ahli gerakan. Pesan Al-faqir ini kepada pembaca. Masalah hati janganlah dibincangkan lagi. Yang penting adalah masalah besar ummah. Dalam konteks mahasiswa adalah sejauh mana kita menjelaskan ISLAM kepada masyarakat kampus.
I’m Going To Make Everyone Recognize My Existence
Seperti komentar presiden Iqra’. Kesedaran adalah penting bagi setiap pimpinan yang perlu berfikir kepada masalah ummah iaitu masyarakat kampus. Komentar saya mengenai ‘SEDAR’ adalah satu tajuk yang besar untuk dikupas. Kesimpulan daripada SIDANA 09 membuka hati peserta bahawa elemen ‘Kesedaran’ adalah sangat penting. Penggerak utama adalah pimpinan yang berani menyuarakan pendapat, memberi maklum balas, berani kehadapan, tidak takut dengan ancaman, dan bergerak dengan penuh startegi.
Tahniah buat presiden Iqra’ dan semua pimpinan Kelab Iqra’ khususnya dan ammnya kepada Kelab-kelab dan persatuan-persatuan di seluruh Universiti Malaysia atas usaha dakwah. Teruskan dengan istiqamah. Jangan kita berhenti.
‘Mahasiswa perlu ada sifat “kegilaan” walaupun mahasiswa tidak gila’
Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan
Mahasiswa yang berdaya saing dalam memacu ekonomi hadir dari kalangan mahasiswa yang berkeyakinan dan berdikari, berpandangan jauh serta mempunyai ketahanan diri. Apa yang saya dapat melalui Program SIDANA 09, jelaslah bahawa mahasiswa adalah aset Negara yang tak ternilai harganya. Oleh itu hendaklah ada dalam diri setiap mahasiswa sikap ingin menjadi terbaik di kalangan yang terbaik, dengan itu mahasiswa mampu mencipta nama dalam bidang ekonomi di dalam dan luar negara disamping menjadi orang yang beriman dan bertakwa sesuai dengan acuan islam, Dan saya percaya, hanya mahasiswa yang sedar tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah yang akan berjaya dunia dan Akhirat. wallahualam...
Pembentangan kertas kerja kedua telah disampaikan oleh Dato’ Nadzmi Salleh, Pengerusi Proton Holdings, yang telah dipengerusikan oleh Ahmad Syazwan, MPMUM, telah memberikan satu bicara korporat yang amat baik. Beliau yang juga merupakan ahli lembaga pengarah UTHM telah menekankan aspek penerapan Islam dalam organisasi dengan bersikap tegas dan tetap pendirian bahawa ISLAM adalah yang paling tinggi. Beliau juga membuka minda kita bahawa setiap masalah itu boleh ditukar menjadi peluang dengan menggunakan panduan daripada Al-Quran dan Sunnah dan juga akal yang dianugerahkan oleh Allah.
Menjadi usahawan berjaya seperti beliau bukan satu perkara yang mudah beberapa kali diisytiharkan bankrup, dan pelbagai dugaan besar yang dihadapi. Namun, semuanya di atasi dengan kebergantungan kepada Allah yang sangat kuat. Subhanallah…bagi saya beliau bersikap humble dan tidak lokek untuk berkongsi idea-idea beliau, walaupun sememangnya kita tahu, orang korporat ni sangatlah sibuk…
Assalamualaikum,
Slot bertajuk 'ke arah kesatuan mahasiswa islam'. mengupas dilema yang terjadi dalam gerakan mahasiswa antaranya pergaduhan,tuduh menuduh,berebut kuasa dan lain-lain yang menyebabkan kurangnya kesatuan. di mana beliau turut mengupas tentang 3 golongan mahasiswa iaitu golongan yang sentiasa terlibat secara aktif,golongan lalang dan golongan yang langsung tiada sensitiviti dalam isu-isu sekeliling. beliau menyentuh banyak isu antaranya isu siswi yang terjebak dalam lembah zina. isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya jika mahasiswa islam dapat bersama-sama bersatu, menjadi golongan yang sentiasa aktif dan hilangkan dilema dalam gerakan yang wujud. -Iqrakini-