Sabtu, 21 Mac 2009- Setelah 3 hari berlangsung, program Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra' telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Sepanjang sambutan ini berlangsung, sebanyak 4 program telah dijalankan dengan Perasmian dan Konsert Azhan Atan sebagai muqadimah sambutan kemudian disusuli dengan Kuliah Fiqh Nisa' serta Seminar Hub Halal pada hari berikutnya kemudian ditutup dengan Kuliah Pembangunan Integriti Islam (KP2i) dan Majlis penutup pada hari terakhir di samping booth pameran yang berlangsung sepanjang temasya ini dijalankan. Secara keseluruhannya sambutan Ulangtahun Ke-10 Kelab Iqra' berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UTHM. Pengarah program Sambutan Ulangtahun Ke-10 Kelab Iqra', Sdr. Mohd Fakhairie bin Ibrahim berkata, temasya ini diadakan untuk menyedarkan masyarakat kampus akan kewujudan Kelab Iqra' yang telah bertapak lebih sedekad di samping mempromosikan dakwah melalui pelbagai medium. Kelab Iqra' mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.-iqra'kini-
>>lagi gambar di blog Warna-warni Kelab Iqra'
>>lagi gambar di blog Warna-warni Kelab Iqra'