Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Sunday, April 26, 2009

Slot Muhasabah Diri

Assalamualaikum..mahasiswa/mahasiswi islam UTHM...
Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkan lah ye!


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiask an diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. ....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU...

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

sumber: DIARI ISLAM 2009 & RAKAN SEPERJUANGAN DAKWAH

posted by: akhi shahidi

Friday, April 17, 2009

TAHNIAH!!!!

Kelab Iqra’ UTHM mengucapkan ucapan tahniah kepada Ustaz Mohamad Shahrir Bin Haji Abdul Mutalib al-Hafiz, selaku penasihat Kelab Iqra’ diatas kelahiran cahaya mata perempuan beliau yang dinamakan Nur Nabilah bt Mohamad Shahrir.

Semoga Allah memberkati dan merahmati keluarga beliau.

Thursday, April 16, 2009

Munajat Kecemerlangan Mahasiswa

UTHM, 16 April- Kelab Iqra' dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan majlis Munajat Kecemerlangan Mahasiswa sempena minggu peperiksaan akhir yang akan bermula tidak lama lagi. Majlis ini diadakan di Masjid UTHM dan Kolej Kediaman Tun Fatimah. Program bermula dengan majlis berbuka puasa pada pukul 7.15 malam diikuti dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan Yasin serta tahlil. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah. Para hadirin dijamu dengan jamuan makan setelah solat hajat. Program disambung dengan study group yang diadakan di dua tempat, peserta muslimin di perpustakaan manakala peserta muslimat di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Program berakhir dengan qiamullail kira-kira pukul 5.00 pagi. Program ini bertujuan untuk menyiapkan diri mahasiswa dengan pengisian kerohanian sebelum menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang. Pengarah program, Sdr. Mohd Syafiq Abdul Rahman berkata, "Kita (mahasiswa) tidak boleh mengharap usaha kita semata-mata untuk memperoleh kejayaan tetapi setiap usaha kita itu mestilah diikuti dengan tawakkal kepada Allah agar segala usaha kita mendapat keberkatan dariNya,". Kelab Iqra' dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa UTHM. Mudah-mudahan segala pergantungan kita kepada Allah memberikan bantuan dan rahmat.-Iqra'Kini-

Monday, April 13, 2009

Status Pembinaan Masjid UTHM

Parit Raja, UTHM - Isu pembinaan Masjid UTHM yang sebelum ini dirundung pelbagai masalah sehingga dibawa ke pengetahuan Kementerian Pengajian Tinggi bakal berakhir apabila Majlis Fatwa Negeri Johor Darul Takzim menetapkan bahawa kedudukan bagi Masjid UTHM perlulah didirikan dikawasan asal seperti yang dirancang pada awalnya.

Menurut sumber, Majlis Fatwa mengeluarkan keputusan ini pada 10 April 2009 setelah perbincangan diadakan dan Naib Canselor UTHM turut akur dengan keputusan itu. Maka dengan keputusan yang dipersetujui ini, Masjid UTHM akan kekal kedudukannya. Kelab Iqra' UTHM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam mengekalkan kedudukan asal Masjid UTHM yang baru. Semoga dengan selesainya isu kedudukan Masjid UTHM ini akan menggalakkan lagi kegiatan Islamiah terutamanya dalam kalangan warga Islam di UTHM. "Masjid dibina atas dasar taqwa".-Iqra'Kini-

Sunday, April 12, 2009

Konvensyen Al-Quran

Alhamdulillah, kami dipilih oleh Allah untuk mendapatkan sedikit ilmu dikala kesibukan insan lain. Kami bermohon padaMU Ya Allah agar diikhlaskan hati, diteguhkan diri dalam mencari keredhaanMU.

Bila kau memandang segalanya dari Allah,
Yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginan mu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu...

Pasti Dia akan damaikan hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya sia-sia...

Bukan Allah tidak tahu deritamu,
Tapi itulah yang Dia mahu kerana,
Dia tahu hatimu lunak dan mudah diikat supaya...

Konvensyen Al-Quran yang berlansung di Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) pada 11-12 April 2009 anjuran Persatuan Bahasa Arab UiTM Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (MUAFAKAT) dan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU). Penyertaan dari UTHM melibatkan 8 orang muslimin dan 21 orang muslimat yang terdiri dari aktivis-aktivis mahasiswa Kelab Iqra' dan MPP.

Konvensyen bermula dengan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama bertajuk "Al-Quran dan Sains" yang disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan. Kertas kerja kedua bertajuk "Asas-Asas Pembentukan Tamadun dalam Perspektif Al-Quran" yang disampaikan oleh Syeikh Uthman El-Muhammadi.

Pada petangnya dihangatkan lagi dengan sesi perbahasan. UTHM menghantar tiga wakil dalam sesi ini. Pembahas pertama mengemukakan perbahasannya yang bertajuk "Al-Quran dan Telefon, yang Mana Lebih Utama"

Pembahas kedua mengemukakan tajuk "Peranan Kelab Iqra' UTHM dalam Membina Generasi Al-Quran di UTHM".

Pembahas terakhir pula mengemukakan tajuk "Pembinaan Tamadun Islam (Zaman Rasulullah, Zaman Khalifah Umar, Zaman Khalifah Usman, Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyyah) dan Peranan Mahasiswa pada Masa Kini"

Program diteruskan dengan satu forum yang bertajuk "Cintaku pada Al-Quran" pada malamnya.

Pagi 12 April menyaksikan majlis penutupan Konvensyen Al-Quran dengan pertandingan tilawah Al-Quran. UTHM menghantar seorang wakil dalam pertandingan ini.

Oleh: ibnuahmad@fakir-insani

Thursday, April 9, 2009

MUNAJAT KECEMERLANGAN MAHASISWA


Kelab Iqra’ dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (Mpp) akan mengadakan “Munajat Kecemerlangan Mahasiswa”.Mahasiswa dan mahasiswi UTHM semua dijemput menghadirkan diri pada program tersebut:

Tarikh : 16 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Jamek UTHM & Surau KKTF


Tentatif program:


6.30pm - Muslimin & Muslimat berkumpul dimasjid
7.14pm - Majlis Berbuka Puasa,Solat Maghrib dan bacaan Yasin
8.24pm - Solat Isyak berjemaah & Solat Hajat
9.00pm - Study di Perpustakaan
10.30pm - Siswi bertolak ke KKTF
4.00am - Qiamullail Perdana & Solat Subuh (Siswi di Surau KKTF)
7.30am - Bersurai


Semoga Allah s.w.t merahmati segala usaha kita

Wednesday, April 8, 2009

Munajat Perdana peringkat Kampus Bandar

Assalamualaikum w.b.t...

Makluman kepada semua Sahabat Iqra', Mahasiswa/i FPTek, FPT dan FTMM, anda semua dijemput ke "Munajat Perdana" bagi peringkat Kampus Bandar, UTHM. Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 9 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 7 malam
Tempat : Bilik Kuliah, Kampus Bandar, UTHM


Bersama kita mengimarahkan majlis munajat ini... mudah-mudahan usaha kita, bersama tawakal kita kepada Allah s.w.t ini, membuahkan hasil yang tidak terduga daripada Allah s.w.t disamping memperoleh keberkatan dalam menuntut ilmu. wallahu'alam.

Tuesday, April 7, 2009

Bonda Pengerusi LPP Kelab Iqra kembali ke Rahmatullah.


P.Raja,7 Mac- Kepimpinam tertinggi Kelab Iqra mengucapkan takziah kepada Pengerusi Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan iaitu saudara Rizan Bin Ahmad ( lebih mesra dengan panggilan abang Rizan) yang telah kehilangan bonda tercinta pada malam 6 April ( Isnin) yang lepas.

"Abg Rizan merupakan seorang pimpinan kelab yang komited dengan tugasnya. Sejak di amanahkan memegang Lajnah penyelidikan dan Pembangunan, banyak pembaharuan dan idea yag telah beliau ketengahkan. Selain itu, beliau juga berjaya merancang penubuhan alumni kelab Iqra dan pelbagai lagi idea yang membantu dalam pembawakan dakwah di kampus. Kami doakan agar beliau tabah atas kehilangan bonda tercinta.

"kami juga terkilan kerana tidak dapat bersama beliau ketika mendapat ujian ini kerana kekangan masa dan tempat. Walaubagaimanapun kepimpinan kelab Iqra bersama seluruh ahli Sababat Iqra mendoakan agar Roh Allahyarhamah di cucuri Allah dan di tempatkan bersama orang-orang soleh" ujar salah seorang MT kelab Iqra yang di temui sebentar tadi.

Al-Fatihah

Sunday, April 5, 2009

Semoga cepat sembuh



BATU PAHAT, 3 MAC 2009- Beberapa kepimpinan Kelab Iqra’ telah menziarahi mantan Pengerusi lajnah Akademik dan Kebajikan iaitu saudara Zulkharnain bin Mustapha yang telah di masukkan ke Hospital Batu Pahat,Johor kerana di syaki mengalami masalah apendiks. Belaiu selamat menjalani pembedahan kecil untuk mengelakkan penyakit itu menjadi lebih mudarat.

Walau beliau telah tamat pengajian di UTHM, tetapi siri ziarah yang di jalankan itu merupakan simbol ikatan mahabbah tetap terbina antara kepimpinan baru dan lama kelab Iqra. Saudara Muhammad Zulkifli bin Che Lah selaku Pengerusi Bimbingan Akademik dan Kaunseling Kelab Iqra’yang baru berpendapat bahawa “siri ziarah ini menunjukkan bahawa ikatan ukhwah yang dibina antara ahli kelab Iqra sama ada yang lama dan yang baru dengan izin Allah telah bertahan sehingga hari ini. Ini juga adalah merupakan satu langkah dalam memperkukuh perhubungan antara semua ahli–ahli Kelab Iqra walaupun mereka tidak lagi berada didalam kampus”.
Kelab Iqra’ mendoakan agar saudara Zulkharnain bin Mustapha cepat sembuh dengan izin Allah dan dapat meneruskan bergerak dalam lapangan dakwah selepas ini.-iqrakini-

Saturday, April 4, 2009

ASSALAMUALAIKUM! KEPADA SAHABAT/SAHABIAH YANG DIKASIHI SEKALIAN...

MAKLUMAN:

PROGRAM KONVENSYEN AL-QURAN
ANJURAN PERSATUAN BAHASA ARAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM

DENGAN KERJASAMA JABATAN KEROHANIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN KELAB IQRA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR

TARIKH: 11 - 12 APRIL 2009
TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM




PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DPERINGKAT UNIVERSITI

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM
REBUTKAN PELUANG YANG ADA!

Friday, April 3, 2009

Ciri-ciri Kepimpinan Islam



"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari

berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.

Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :

1 - Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya', 'ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.

2 -Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.

3 - Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4 - Lemah lembut.

"Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya"

5- Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.


6- Bercakap benar dalam semua keadaan.

"cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar"

7 - Tawadu' dan merendah diri terhadap orang-orang mu'min.

"Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin" (As-Syura : 215)

"....merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir..."
(al-Maidah : 54)

8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

".....dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf"
(ali-Imran : 134)

9 - Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.

10 - Sabar yang tinggi

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali-Imran :200)

"Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar"
(al-Baqarah : 153)

11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati

12 - wara' dan Zuhud

13 -Bersifat adil dan Insaf

14- Menjaga agama dan batas-batasnya

15- Memelihara perpaduan

16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan

18 - Tetap diatas kebenaran

19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri

20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.

....dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.

Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita, kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.

Rujukan :'Amal Jama'i (pengertian dan tuntutannya) Ust Hj Yahya Othman