Monday, April 13, 2009

Status Pembinaan Masjid UTHM

Parit Raja, UTHM - Isu pembinaan Masjid UTHM yang sebelum ini dirundung pelbagai masalah sehingga dibawa ke pengetahuan Kementerian Pengajian Tinggi bakal berakhir apabila Majlis Fatwa Negeri Johor Darul Takzim menetapkan bahawa kedudukan bagi Masjid UTHM perlulah didirikan dikawasan asal seperti yang dirancang pada awalnya.

Menurut sumber, Majlis Fatwa mengeluarkan keputusan ini pada 10 April 2009 setelah perbincangan diadakan dan Naib Canselor UTHM turut akur dengan keputusan itu. Maka dengan keputusan yang dipersetujui ini, Masjid UTHM akan kekal kedudukannya. Kelab Iqra' UTHM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam mengekalkan kedudukan asal Masjid UTHM yang baru. Semoga dengan selesainya isu kedudukan Masjid UTHM ini akan menggalakkan lagi kegiatan Islamiah terutamanya dalam kalangan warga Islam di UTHM. "Masjid dibina atas dasar taqwa".-Iqra'Kini-