Sunday, April 5, 2009

Semoga cepat sembuh



BATU PAHAT, 3 MAC 2009- Beberapa kepimpinan Kelab Iqra’ telah menziarahi mantan Pengerusi lajnah Akademik dan Kebajikan iaitu saudara Zulkharnain bin Mustapha yang telah di masukkan ke Hospital Batu Pahat,Johor kerana di syaki mengalami masalah apendiks. Belaiu selamat menjalani pembedahan kecil untuk mengelakkan penyakit itu menjadi lebih mudarat.

Walau beliau telah tamat pengajian di UTHM, tetapi siri ziarah yang di jalankan itu merupakan simbol ikatan mahabbah tetap terbina antara kepimpinan baru dan lama kelab Iqra. Saudara Muhammad Zulkifli bin Che Lah selaku Pengerusi Bimbingan Akademik dan Kaunseling Kelab Iqra’yang baru berpendapat bahawa “siri ziarah ini menunjukkan bahawa ikatan ukhwah yang dibina antara ahli kelab Iqra sama ada yang lama dan yang baru dengan izin Allah telah bertahan sehingga hari ini. Ini juga adalah merupakan satu langkah dalam memperkukuh perhubungan antara semua ahli–ahli Kelab Iqra walaupun mereka tidak lagi berada didalam kampus”.
Kelab Iqra’ mendoakan agar saudara Zulkharnain bin Mustapha cepat sembuh dengan izin Allah dan dapat meneruskan bergerak dalam lapangan dakwah selepas ini.-iqrakini-