Tuesday, March 30, 2010

Kemeriahan "JoM FuTsAL" anjuran LSKI, Kelab Iqra'

Priittt (Tiupan wisel)!!!!  "Foul!!! Nah, ambil ni kad kuning...main kasar." Itulah tugas biasa seorang pengadil. Memastikan kelancaran sesuatu permainan. kadang-kala memerlukan tindakan tegas.  Tegas dalam hikmah kata seorang rakan.

 JOM FUTSAL
'Jom Futsal' adalah pendekatan terbaru Kelab Iqra' melalui usaha yang dijalankan di bawah Lajnah Sukan & Kebudayaan Islam, LSKI yang dipengerusikan oleh saudara Mustaqim Yahya (gambar) bagi membudayakan amalan hidup sihat berteraskan Islam selain menjadi salah satu uslub dakwah yang digunakan Kelab Iqra' bagi menarik minat  dan mendekati golongan muda UTHM. Ia sekaligus  menjadi satu usaha bagi mengembalikan golongan as-syabab dan ar-rijal ini kepada penghayatan Islam yang sebenar. 

Projek besar yang dirancang dan digerakkan oleh LSKI ini diharap mampu membentuk suatu generasi anak muda Islam yang sihat dan cergas tubuh badan  serta cerdas dan tangkas pemikirannya bersesuaian dengan saranan Allah yang menyuruh umat Islam agar menyediakan diri dengan segala bentuk kekuatan demi persediaan dakwah yang semakin mencabar pada masakini. 
“Dan sediakanlah Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan termasuklah dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, yang dengan persediaan itu mampu menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfaal : 60)

[Seterusnya....]