Tuesday, August 16, 2011

17 Ramadhan dalam Sirah


Salam Ramadhan 1432H, alhamdunillah kita sudah sampai fasa kedua Ramadahan, iaitu fasa keampunan. Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

Antara tiga peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan ialah :

1. Peperangan Badar

Perang Badar ialah perang pertama di dalam Islam. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil. Berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan, tahun kedua Hijrah. Hal ini oleh Dr. Said Ramadhan al-Boutie dalam kitabnya Feqh al-Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakan di dalam al-Rahiq al-Makhtum pada halaman 249. Dr. Wahbah al-Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al-Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

2. Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah)

Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan Islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini yang enyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. peristiwa ini telah digambarkan dengan sempurna di dalam surah al-Fath ayat 1: ( sesungguhnya kami telah membuka kepada kamu pembukaan yang benar ) 
Berlaku pada hari Selasa, bersamaan 17 Ramadhan tahun 8 Hijrah, Rasulullah dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan samapai di Kadid, di antara I'sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.

3. Nuzul al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.







 “Bulan   Ramadhan,   bulan   yang   di   dalamnya   diturunkan   (permulaan)   Al-Quran   sebagai   petunjuk   bagi   manusia 
dan   penjelasan   mengenai   petunjuk   itu   serta   pembeza   (antara   yang   haq   dan   yang   bathil)” [TMQ   al-Baqarah 
(2):185].