Monday, August 1, 2011

PERUTUSAN RAMADAN 1432H OLEH PENGERUSI KELAB IQRA'



Assalamualaikum wbt..
  Salam perpaduan dan salam 1 ummah

     Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana  dengan limpah kurniaan rahmat  dan kasih sayang-NYA, kita masih lagi diberi peluang bertemu dan menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak dengan menunaikan kewajipan berpuasa sebulan.Marilah kita sama-sama menghitung balik diri kita adakah kita ini betul-betul menggunakan sepenuhnya peluang yang ALLAH berikan dibulan ramadhan  tahun lepas. Moga-moga, kita semua dapat mengambil iktibar diatas semua peristiwa yang  berlaku dibulan ramadhan tahun lepas agar Ramadhan yang bakal kita lalui ini menjadi lebih bermakna untuk diri kita dalam merebut sebaik-baik bekalan di sana iaitu TAKWA.

   Kewajipan berpuasa Allah SWT menjelaskan dalam Al-Quran dan  kita sebagai umat Islam wajiblah menunaikan dengan penuh rasa rendah diri dan berdisplin Firman Allah s.w.t :-
Yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)
Wahai sahabat-sahabat sekalian.

   Kelebihan melakukan ibadah lain selain berpuasa di bulan ramadhan ini ,Allah akan melipatkan ganjaran amalan kita berbanding bulan-bulan yang lain..Rasulullah s.a.w juga melakukan badah ibadah lain, antaranya Tadarus al-Quran, Solat qiam/ tarawih , Memperbanyakkan sedekah,  Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan , Zikir dan bertaqarrub kepada Allah.

    Di kesempatan ini saya selaku Presiden Kelab Iqra’ sesi 2011 mengharapkan  kita sama-sama mengambil dan memanfaatkan peluang yang Allah berikan ini agar kita sama-sama berjaya memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.

  Sebagai mengakhiri ucapan, saya mewakili pimpinan Kelab Iqra’ UTHM ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UTHM diatas kesalahan yang telah kami semua lakukan dan kami mengucapkan

“Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak”.
Wallahua’lam