Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Tuesday, December 9, 2008

Memperingati Besarnya Pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail Alaihissalam…

Pertamanya, Salam Aidiladha saya ucapkan buat semua, semoga kehadiran Aidiladha pada kali ini menjadikan kita lebih faham atau mengerti makna sebenar disebalik korban atau pengorbanan itu sendiri…

Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan Islam meganjurkan kita meraikan Hari Raya korban adalah sebagai tanda, bagi memperingati pengorbanan yang mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Junjungan kita iaitu Nabi Ibrahim alaihissalam disamping kita bersama-sama menghayati ibadah Haji yang sedang dikerjakan oleh golongan yang mampu atau pun yang berkesempatan menunaikannya…

Menyingkap kisah pengorbanan yang yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam, bermula daripada Allah subhanahuwataala mengurniakan baginda seorang anak yang soleh iaitu Nabi Ismail alaihissalam, sehinggalah Allah subhanahuwataala memerintahkan supaya Baginda melaksanakan perintah menyembelih anak kesayangannya melalui perantaraan mimpi. Sebagaiman firman Allah subhanahuwataala..

Tanpa ragu-ragu, dan atas ketulenan iman dan ketaatan kepada perintah Allah subhanahuwataala yang sebenarnya, disamping sifat soleh pada diri anak baginda, mereka lebih memilih untuk taat kepada perintah Allah subhanahuwataala dengan redha tanpa sedikit pun ingin mengingkarinya, walaupun mereka tahu sebenarnya memerlukan pengorbanan yang sangat besar kerana melibatkan nyawa seorang anak yang soleh yang tidak ternilai harganya… firman Allah subhanahuwataal…

Allahuakbar! Sesungguhnya Allah menjadi saksi begitu besar kesanggupan atau pengorbanan yang dizahirkan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam bersama anak baginda, lalu selepas itu turun pula perintah daripada Allah subhanahuwata’ala supaya Nabi Ismail alaihissalam yang pada asalnya menjadi koran digantikan dengan seekor sapi /kambing bagi menyempurnakan perintah sembelihan tersebut.


Sungguh Hebat! Apabila seorang Nabi yang sebelum itu diuji dengan keperitan hidup bersama isteri tercinta, untuk menyara anak mereka Ismail yang pada waktu itu masih kecil, namun apabila pertama kalinya mereka tiba di Mekah keadaan disana ketika itu sungguh kering kontang tanpa sedikit pun terdapat sumber air. Mereka diuji dengan pelbagai cabaran dengan merentasi padang pasir yang sangat luas penuh dengan fatamorgana. Namun, biznillah…Atas kekuasaan dan sifat Maha Pemurah Allah subhanahuwataala disamping doa Nabi Ibrahim alahissalam, diizinkanNya air mengalir daripada tanah yang kering itu sehingga kini, menjadikan suatu mukjzat yang sangat mustahil untuk kita percaya dengan mata kasar dan sekarang ianya menjadi tumpuan seluruh manusia yang datang dari seluruh dunia bagi mendapatkan air tersebut, iaitu air zamzam.

Barangkali atas nikmat itu, Allah subhanahuwataala menguji Nabi Ibrahim alaihissalam, dan Alhamdulillah begitu tinggi ketaatan yang ditunjukkan baginda dengan Berjaya melepasinya.

Namun apabila direnung, bagaimana pula diri kita pada hari ini? Pernahkah kita muhasabah, adakah kita mampu atau pernah melakukan pengorbanan sedemikian rupa?

Lantas, dengan itu saya menyeru diri saya dan juga sahabat-sahabiyah sekalian, sama-sama kita berusaha mencari lubang-lubang yang menuntut kita kepada pengorbanan, kerana begitu besar disisi Allah subhanahuwataala terhadap orang yang meletakkan pengorbanan sebagai sebahagian dasar hidupnya dan yang paling tinggi pengorbanan yang dipandang oleh Allah subhanahuwataala adalah apabila seseorang itu sanggup berkorban menggadaikan harta mahupun nyawanya bagi mempertahankan agama Allah subhanahuwataala…

Nantikan kupasan berkaitan isu tersebut dalam siri berikutnya… InsyaAllah ianya berkaitan besarnya tuntutan pengorbanan dalam Islam yang patut kita hayati bersama.. wallahu’am..

sumber :

www.muhaimin87.blogspot.com

Monday, November 10, 2008

Ma'at Taufiq Wannajah Fil Imtihan

Monday, November 3, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir semester 1 sesi 08/09


"Banyaknya kegagalan dalam kehidupan ini adalah kerana mereka tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan dan mereka terus menyerah kalah"

"...dan sekiranya amu telah berazam(berusaha), maka bertawakallah kepada Allah s.w.t..."

Semoga Allah permudahkan kalian menghadapi peperiksaan pada kali ini
"...........ma'at taufiq wannajah fil imtihan........"

Niatkan kejayaan kita semua adalah untuk kebaikan Ummah & diwakafkan kepada Islam

Thursday, October 16, 2008

Tahniah dan Selamat Datang NC baru UTHM



Kelab Iqra' mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh sebagai Naib Canselor baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Perlantikan beliau adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 16 Oktober 2008. Beliau adalah Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelantikan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh ini adalah mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang dikosongkan Mantan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Haji Ismail bin Haji Bakar setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mei 2008.

Berikut adalah sedikit latar belakang beliau:

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, 56 tahun, merupakan anak kelahiran Johor yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dari Imperial College of Science, Technology and Medicine, London dalam bidang Fizik. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UMS pada tahun 2005.

Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini pernah dipangku oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Prof. Dr. Hashim bin Saim.

Tuesday, October 14, 2008

Program Liqa' Aidilfitri 2008 Kelab Iqra'


Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2008 yang lalu telah berlangsung program yang diberi nama Liqa' Aidilfitri. Program tersebut telah diadakan di Dewan Peperiksaan F2 (bawah) bermula jam 9 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shahrir B. Hj Abd Mutalib mewakili Pengarah Pusat Islam iaitu Dr Hussain B. Othman yan
g tidak dapat hadir kerana terpaksa menyelesaikan urusan di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah sambutan daripada Sahabat Iqra' amat menggalakkan walaupun ada dikalangan mereka yang terlibat dengan ujian 2. Tidak ketinggalan, pada malam itu majlis menerima kehadiran Pegawai dan Staf sokongan daripada Pusat Islam dan juga PTJ lain yang mana mereka berkesempatan untuk meluangkan masa menghadiri majlis tersebut. Disamping itu tidak dilupakan kunjungan daripada mantan mpp dan juga wakil-wakil kelab yang berjaya dihubu
ngi seperti Kelab Silat Cekak Hanafi, Kelab Kejuruteraan Mekanikal dan lain-lain yang mana dengan kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan bersahaja daripada dua kumpulan nasyid yang dijemput khas iaitu kumpulan Byhearty yang diketuai oleh Sdr Helmi (wakil K.KTDI) dan kumpulan Shoutul Dobi yang mana diketuai oleh Pok ding.

Seramai lebih kurang 10 orang orang sahabat Iqra' termasuk MT diberi kesempatan untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya dan seramai 6 orang yang bertuah telah menerima hamper yang mana cabutan telah dibuat oleh ustaz Shahrir sendiri.

Tahniah buat semua ajk pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini. Mudah-mudahan program yang dianjur ini mencapai matlamat yang telah digariskan disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan sesama Sahabat Iqra' dan juga kakitangan Universiti.
wallahu'alam.

p/s : lihat lagi gambar diruang koleksi gambar



Monday, October 6, 2008

Liqa' Aidilfitri Kelab Iqra' UTHM




Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI











Thursday, September 18, 2008

MALAM CINTA-KU UNTUK HAMBA-KU - - LAILATUL QADAR



Allah Ta 'ala berfirman :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5),


PENURUNAN SURAT CINTA-KU...

Allah memberitahukan bahwa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, yaitu malam yang penuh keberkahan. Allah Ta'ala berfirman :

"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi."(Ad-Dukhaan: 3)

Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta 'ala :

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. "(Al-Baqarah: 185).

Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata :

"Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfudh ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara berangsur-angsur kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sesuai dengan konteks perbagai peristiwa selama 23 tahun."


KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR

Malam itu dinamakan Lailatul Qadar karena keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta 'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah :

"Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. " (Ad-Dukhaan: 4).

Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim:

"Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?" ( Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 4/429.)
Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya: "Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan. "

Maksudnya, beribadah di malam itu dengan ketaatan, solat, membaca, zikir dan doa sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.


KEBERKATAN MALAM PADA MEREKA YANG BERIMAN

Lalu Allah memberitahukan keutamaannya yang lain, juga berkahnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan maupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah. Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya :

"Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar" (Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada kejelekan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat -termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman. Dalam hadits shahih Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiamullail di malam tersebut.

Beliau bersabda :
"Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan. Adapun qiyamul lail di dalamnya yaitu menghidupkan malam tersebut dengan tahajud, solat, membaca Al-Qur'anul Karim, zikir, do'a, istighfar dan taubat kepada Allah Ta 'ala. Aisyah radhiallahu 'anha berkata, aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Beliau menjawab, katakanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku. " (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadits hasan shahih).



Pelajaran dari surat Al-Qadr :

1. Keutamaan Al-Qur'anul Karim serta ketinggian nilainya, dan bahawa ia diturunkan pada saat Lailatul Qadar.
2. Keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar, dan bahwa ia menyamai seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar di dalamnya.
3. Anjuran untuk mengisi kesempatan-kesempatan baik seperti malam yang mulia ini dengan berbagai amal shalih.


PERBANYAKKAN DOA


Jika kita telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka pasti kita bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam tersebut, dengan solat, zikir, do'a, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian kita mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga kita berbahagia dengan kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya

Di malam-malam tersebut, hendaknya kita berdo'a dengan do'a-do'a bagi kebaikan dunia-akhirat, di antaranya :


1. "Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku ritki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)"


2. "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. "


3. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya)rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaiikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Surga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. "


4. "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara zahir dan batin, di awal maupun di akhirnya, secara terang- terangan maupun rahasia.
Ya Allah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanMu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Mahahidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. "

5. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, 'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan. "

6. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku. "

7. "Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. "


8. "Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat. "


9. "Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan. "


"Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya. "

Wednesday, September 17, 2008

Cerewet atau Nyawa ? Selamatkah kita di UTHM….??

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 September melaporkan bahawa Batu Pahat sebagai “Daerah Nahas”. Begitu juga dengan akhbar yang lain turut melaporkan bahawa Batu Pahat atau lebih tepat lagi laluan Parit Raja merupakan di antara 10 jalan atau laluan yang paling bahaya di Malaysia.

Sahabat-sahabat pastinya kurang terkejut apabila akhbar melaporkan sedemikian. Ini kerana boleh dikatakan setiap hari mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal diluar kampus khususnya yang tinggal di Kolej Kediaman Melewar dan Perwira mahu pun yang tinggal di rumah sewa menggunakan laluan tersebut untuk berulang-alik ke kampus.

Sebanyak 110 kematian daripada 95 kemalangan dilaporkan telah berlaku di daerah ini setakat tarikh 11 September 2008. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Ibrahim Mohd. Aris berkata, sebahagian besar kemalangan itu berlaku di sepanjang Jalan Batu Pahat-Kluang (termasuk laluan UTHM-Kampus Bandar) dan diikuti Jalan Yong Peng-Muar.Menurutnya, sebanyak 121 kematian membabitkan 107 kemalangan pula dicatatkan di daerah ini sepanjang tahun lalu dan trendnya didapati terus meningkat.

Kebanyakkan kemalangan berlaku pada waktu puncak (7.00-9.00 pagi / 5.00-7.00petang).Antara punca kemalangan yang telah dikenalpasti adalah berpunca daripada sikap pemandu sendiri yang tidak berdisiplin iaitu keluar dan masuk ke persimpangan jalan sesuka hati. Disamping itu juga tidak dinafikan sikap kebanyakkan pemandu sama ada kenderaan kecil atau besar yang memandu dengan laju memandangkan laluan tersebut mempunyai 4 lorong. Tambahan pula keadaan laluan tersebut tidak mempunyai pemahagi jalan(divider) menjadikan ianya amat merbahaya kepada semua pengguna termasuklah pejalan kaki.

Asisten Komisioner, Ibrahim Mohd. Aris ada mencadangkan kepada JKR supaya dibina pembahagi jalan pada laluan tersebut. Kita sebagai mahasiswa yang menetap di Parit Raja ini pastinya sudah lama memikirkan perkara tersebut. Namun ada cerita disebalik pembahagi jalan tersebut, kerana dimaklumkan bahawa ada sesetengah masyarakat disini yang kurang bersetuju dengan pembinaan pembahagi jalan dengan alasan ianya sangat cerewet dan menyusahkan.

Isunya disini, diantara terkorbannya NYAWA berbanding sedikit CEREWET yang mungkin menyusahkan, manakah yang patut diutamakan? Kalau tidak silap saya, pada sesi yang lalu boleh dikatakan setiap semester dilaporkan pelajar UTHM yang meninggal dunia asbab terlibat dalam kemalangan di laluan tersebut.

Sahabat Iqra’ iaitu saudara Muaz (Kolej TSN) juga pernah terlibat dalam kemalangan motosikal dilaluan Parit Raja ini yang mana menyebabkan beliau koma dan patah leher. Kawan sekelas saya Faizan(FPTek)juga pernah terlibat dalam kemalangan dimana tulang bahunya telah patah. Alhamdulillah Allah takdirkan kedua-duanya selamat. Tapi bagaimana pula dengan kita? Adakah terjamin keselamatan kita disini?

Sebagai peringatan bersama, Saya nasihatkan pada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian, bersamalah kita menjaga keselamatan diri sepanjang menggunakan laluan “Nahas” ini. Semoga Allah selamatkan kita semua dan dijauhkan kita semua daripada bala yang mengerikan.... InsyaAllah….

Muhd Muhaimin Bin Zakaria (Timb. Pengerusi K.I 0708)
www.muhaimin87.blogspot.com

Sunday, September 14, 2008

Bekas Mufti Selangor meninggal dunia


Takziah kepada keluarga Allahyarham, Semoga Allah merahmati beliau...

SHAH ALAM: Bekas Mufti Selangor, Datuk Hassan Omar, 86, (gambar) meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Damansara, pada jam 2.25 pagi semalam, dipercayai akibat sakit jantung.

Allahyarham yang dilantik menjadi Mufti pada Februari 1976 hingga Jun 1985, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini, pada jam 12.20 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, enam anak lelaki dan tiga perempuan.

Dilahirkan pada 16 November 1922 di Kuang, Selangor, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuang sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Arab Kuang.

Pada 1939-1942, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke Madrasah Dinniah, Bukit Tinggi, Indonesia dan seterusnya belajar hanya enam bulan di Sekolah Normal Islam di Padang, Indonesia apabila negara itu diserang Jepun.

Pada 1943-1944, Allahyarham mengajar di Sekolah Agama Rakyat Segambut sebelum bertukar ke sekolah Agama Kerajaan Kuang pada hujung 1944 hingga 1960.

Allahyarham kemudian dilantik menjadi Kadi di Kuang, sebelum ditukarkan ke Klang dengan jawatan sama 1961.

Thursday, September 11, 2008

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari=24jam
Satu TAHUN ?
= 12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun = 18250 hari = 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari:
1. Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
2. Ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
1. Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
2. Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
3. Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
4. Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
5. Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
6. Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..

Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;

Dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!

Ingatlah negeri kita...Akhirat

"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Muhasabah Diri Pelihara Kesucian Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Bagi yang benar-benar merasai kehadiran bulan Ramadhan pad kali ini pasti sibuk mempertingkatkan amal ibadah demi merebut ganjaran yang berganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Pelbagai amalan dilakukan bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan juga keberkatan Ramadhan seperti Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Bersedekah, Berzikir dan sebagainya.

Namun, dalam kita sibuk mengejar bonus berharga daripada Allah s.w.t ini, masih wujud golongan yang kurang menghayati kehadiran bulan yang dikatakan permulaannya sebagai Rahmat, pertengahannya Maghfirah (keampunan), dan penghujungnya Pelepasan daripada Azab Neraka. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan orang-orang disekeliling kita dan mungkin juga diri kita sendiri.

Kita sering mengingatkan diri kita supaya tidak menjadikan Puasa di bulan Ramdhan ini sekadar Lapar dan Dahaga semata-mata, biarlah dengan kita berpuasa menjadikan kita menjadi lebih akrab dengan Allah s.w.t, mendapat keberkatan, keampunan dan diterima segala amalan. Tapi, sejauh mana kita beriman dengan peringatan tersebut? kenapa kita masih tegar melakukan apa yang dilarang Allah s.w.t yang menyebabkan cacat atau tempangnya tubuh puasa kita?

Percakapan dan perbualan kita, sejauh mana kita meninggalkan yang lagha? mata yang dikurniakan, adakah sentiasa jauh daripada pandangan maksiat? Pakaian yang disarung adakah tertutup sempurna aurat? kaki yang melangkah adakah sekadar penat berpusing-pusing di bazar Ramadhan tanpa tujuan? pergaulan dengan berlainan jantina adakah terpelihara daripada terjerumus ke lembah maksiat? sama-sama kita muhasabah diri agar kesempatan Ramadhan yang dikurniakan pada kali ini tidak sia-sia tetapi terbukunya manfaat pahala dan nikmat daripada Allah s.w.t....

Jadikan Kesempatan Ramadhan pada kali Ini Sebagai Madrasah Tarbiyyah Yang Terbaik Bagi Kita Membentuk Jati Diri dan Peribadi Muslim Yang DiRedhai oleh Allah sw.t....wallahu'alam.

Sumber : www.muhaimin87.blogspot.com (Timbalan Pengerusi)

Program Ihya Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t...

.....Pengisian Sempena Kehadiran Bulan Ramadhan....

Tajuk : "Surat Cinta Mu"
Tarikh :13 September 2008
Masa : 9.30 Pagi
Lokasi : Masjid UTHM
Penceramah : Ust Mohd Shahrir Bin Abdul Mutalib & Ust Abd Aziz Bin Ahmad

Antara yang menarik : Purple Circle

TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA-MAHASISWI UTHM
HADIRLAH BERAMAI-RAMAI

Wednesday, August 6, 2008

Kelas Pengajian Iqra

Assalamualaikum w.b.t...
Berikut ialah maklumat berkaitan Kelas Pengajian Iqra yang terdekat

Tajuk : Ku Cari Damai Abadi Kemerdekaan Sejati
Tarikh : 9 Ogos 2008
Masa : 9.15 Pagi
Lokasi : Teater 2 ( Berhampiran Bilik Seminar )
Penceramah : Ust Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib
Antara yang menarik : Pengisian Jiwa : Modul 'Satu Pencarian" : Purple Circle

MASUK ADALAH PERCUMA
TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA-MAHASISWI UTHM
HADIRLAH BERAMAI-RAMAI

Wednesday, July 23, 2008

New Address For Kelab Iqra Blog's


Alhamdullillah, praise to Allah. Our blog has been change to new address from www.kelab-iqra-uthm.blogspot.com to www.ki-uthm.blogspot.com Insya-Allah, more simple and user freindly to all. Enjoy yourself =)
" Smile with K.I"

Friday, July 11, 2008

Bermula Harapan Menuju Impian


Tanggal 5 Julai 2008, berakhirlah sudah minggu suai kenal atau Minggu Haluan Siswa bagi mahasiswa/i baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya meneruskan perjuangan akademik anda di universiti ini. Kelab Iqra mengalu-alukan keterlibatan anda semua ke dalam program-program yang di anjurkan oleh kelab. Akhir kata, selamat menjadi mahasiswa/i yang cemerlang akademik dan akhlak.
"Smile with K.I"

Thursday, June 19, 2008

Selamat Kembali Ke Kampus...

Assalamualaikum w.b.t....

Kelab Iqra' UTHM mengucapkan selamat kembali ke Universiti kepada sahabat-sahabiyah penuntut Universiti tempatan khususnya UTHM mahupun sahabat-sahabiyah yang menuntut di universiti-universiti luar negara . Semoga dengan kembalinya kita ke kampus pada semester baru ini dengan menanamkan azam dan semangat yang baru ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...

Dikesempatan ini, tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabiyah yang telah cemerlang dalam peperiksaan akhir yang lepas dan tidak dilupakan juga takziah kepada yang kurang cemerlang. Apa sahaja keputusan yang kita perolehi sebenarnya itulah hasil yang kita usahakan... Walaupun ada yang tidak menyangka akan cemerlang dalam peperiksaan yang lalu, mungkin itulah hadiah daripada Allah s.w.t kepada kita, dan begitu juga sahabat-sahabiyah yang tidak terjangka/tidak terangan-angan akan mendapat keputusan yang mungkin kurang memuaskan, mungkin itulah ujian yang juga daripada Allah s.w.t kepada kita tidak lain dan tidak bukan sebenarnya untuk menguji tahap keimanan dan keyakinan kita kepadaNya dan sejauh mana tahap tawakal kita semua...

Sama-samalah kita muhasabah diri kita, sejauh mana tahap kesungguhan kita pada semester-semester yang lalu yang memungkin kita di anugerahkan oleh Allah s.w.t dengan kejayaan @ kecemerlangan akademik mahupun kehidupan di dunia dan akhirat.

kepada sahabat-sahabiyah yang kurang cemerlang pada sesi yang lalu, tetapi banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada agama mahupun masyarakat umum, teruskanalah perjuangan, suburkanlah semula semangat yang telah kian melayu dalam diri kita, sentiasa ingatkan diri kita dengan janji-janji Allah s.w.t didalam firmannya "bantulah kamu akan agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dalam segala urusanmu.." dan yakinlah bahawa, mungkin kerja-kerja yang kita lakukan itu Allah tidak mahu membalasnya/menzahirkannya pada ketika dan saat ini, mungkin kecemerlangan itu muncul disaat orang lain terasa sangat gagal dalam apa yang hendak dicapai, khususnya yang diimpikan oleh semua insan iaitu kejayaan kehidupan didunia yang mana menjadi jambatan kepada kita untuk cemerlang diakhirat kelak insyaALLAH..."

"SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG BARU"

Monday, May 5, 2008

Persatuan Melayu Murtad


Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...

IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...

BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan
IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Mereka hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:


1)
Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.


2) Di dalam dokumen pengenalan
mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama
- maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta
di'tiada' kan .

3) Mana-mana
orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana
orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia
tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga
kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6)
Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7)
Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


8) Mana-mana
orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana
pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana
program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga

ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah
kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12)
Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam
Majalah Millenium
Muslim.

Tuesday, April 29, 2008

Penambahbaikan Blog Kelab Iqra



Assalamualaikum W.B.T

Bermula pada semester hadapan, Kelab Iqra akan merombak beberapa item yang terdapat dalam blog ini untuk memberikan satu kepuasan kepada para pengunjung bagi menyumbang idea dan sebarang apa jua bentuk sumbangan. Sehubungan dengan itu, pihak editor memohon pandangan anda semua untuk memberikan beberapa cadangan yang boleh dijadikan item-item utama dalam blog ini. Semua cadangan anda akan dinilai terlebih dahulu dan akan dimurnikan dengan yang lebih baik agar memberi manfaat kepada semua.

Pada semester hadapan, kelab Iqra mensasarkan penglibatan dari semua pengunjung dalam mencapai beberapa objektif seperti di bawah:


Menyediakan platform suara mahasiswa kepada mahasiswa/i yang mempunyai kredibiliti dalam menyampaikan suara masing-masing bagi menyatakan sebarang pandangan kepada masalah mahasiswa/i yang dihadapi dalam universiti tercinta ini

Melahirkan mahasiswa/i yang sensitif terhadap pengajian ilmu Islam di dalam universiti.

Menyedarkan masyarakat kampus khususnya mahasiswa/i dalam bersama menangani masalah yang melibatkan sosial dan rohani mahasiswa/i sendiri di universiti.

Anda boleh menyampaikan idea anda pada ruangan catatan pena atau bahagian comment di bawah pengumuman ini

Kerjasama anda amat dialukan.

Tuesday, April 22, 2008

Rumahku Syurgaku


Selamat pulang ke kampung kepada mahasiswa/i yang telah selesai mengharungi peperiksaan akhir semester pada minggu ini.
Pulanglah dengan hati yang gembira Riangkan kehadiran anda di kampung supaya dapat menyerikan kembali keceriaan mereka yang tersayang di sana. Sayangilah mereka selagi mereka ada.

Bagi mereka yang masih 'bergelut' dengan peperiksaan lagi, kami mengucapkan semoga istiqamah dalam jalan yang anda tempuhi. Jangan mudah mengalah

'Orang yang menang tidak akan berhenti, orang yang berhenti tidak akan menang'

Monday, April 14, 2008

TIPS : Anda Mampu Melakukannya

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Bertenang dan melapangkan fikiran.

Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

Tidur yang mencukupi..

Menjaga kesihatan diri.

Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan merangsang kecerdasan otak.

Meminta doa dan restu ibu bapa dan para pensyarah.

Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

Pastikan anda menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan

Saturday, April 12, 2008

UCAPAN


Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir

Semoga anda dapat melakukan yang terbaik..

Bukan sahaja untuk diri, malah untuk keluarga tapi untuk masyarakat

Yang paling penting ialah untuk Agama Islam itu sendiri


Friday, April 11, 2008

Keratan Akhbar

Jangan perbesar kisah Sufiah - Mufti


KANGAR 9 April - meminta supaya cerita malang gadis genius matematik, Sufiah Yusof tidak diperbesarkan lagi oleh media kerana ia hanya memberi gambaran negatif terhadap agama Islam.


Katanya, penyebaran berita mengenai Sufiah oleh media Barat nyata cuba mengaitkan status agamanya untuk memberikan perspektif buruk mengenai Islam selain dijadikan bahan melariskan akhbar atau laman web media masing-masing.


"Media Barat jelas mempunyai agenda. Jika benar mereka mahu membongkar sesuatu permasalahan umpamanya kisah Sufiah ini, sepatutnya mereka tidak menyatakan namanya dalam penulisan itu, cukup sekadar menyatakan secara bayangan sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.


Mohd. Asri berkata, pengakuan Sufiah yang tidak menyesal dengan 'pekerjaan' yang dilakukannya itu kemungkinan dibuat setelah gadis itu berasa sangat kecewa sejak berita mengenainya tersebar.


"Lazimnya, orang yang cerdik atau genius mempunyai tahap keberanian yang tinggi dan mungkin momokan keterlaluan mengenainya menyebabkan dia membuat pengakuan berani itu," katanya. Mohd. Asri mengulas mengenai nasib Sufiah, yang pernah menarik perhatian dunia apabila diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia semuda 13 tahun, 10 tahun lalu.
Kisah Sufiah yang menjadi pekerja seks di London, didedahkan oleh wartawan News of the World (NOTW) setelah menyamar sebagai pelanggannya.


Gadis itu dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral tersebut untuk menyara hidup dan pengajiannya sejak beberapa tahun lalu.
Kegiatannya terbongkar apabila wartawan terbabit menemui iklan Sufiah mengenai 'khidmatnya' di Internet.


Pendedahan akhbar tabloid itu kemudian dipetik dan dimuatkan dalam kebanyakan akhbar tempatan. Sufiah merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup ibunya, Halimahton yang berasal dari Muar, Johor dengan Yusof Farooq yang berbangsa Pakistan.
Yusof kini dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya.


sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Turunkan Tandatangan Bantahan Anda Segera!!

Kelab Iqra secara rasmi telah melancarkan kutipan tandatangan membantah penyiaran filem pendek Fitna yang dibuat oleh Geert Wilders pada pukul 2.30 petang tadi bertempat di Masjid UTHM. Kutipan tandatangan tersebut dikumpul bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kampus tentang filem yang dihasilkan untuk menghina Islam. Diharapkan kebangkitan kesedaran di kalangan masyarakat kampus (mahasiswa dan staf) dapat memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang terlibat dalam penyiaran filem tersebut.
Selain itu, pengumpulan tandatangan ini dibuat bagi memberikan ruang kepada mereka yang ingin menyampaikan rasa ketidakpuashatian kepadapenyiaran filem tersebut. Program ini akan berlangsung selama seminggu iaitu bermula 11 hingga 18 April 2008. Oleh yang demikian, anda di alu-alukan untuk menurunkan tandatangan anda sebagai bantahan anda di buku yang telah diedarkan kepada AJK yang berkenaan. Anda juga boleh berbuat demikian di Masjid UTHM. Sekian.

Tuesday, April 1, 2008

HEBAHAN

HEBAHAN

ALLAH DIHINA RASULULLAH DICERCA


BOIKOT BARANGAN BELANDA



Kelab Iqra membantah sekeras-kerasnya pembikinan dan penayangan filem pendek "FITNA" yang dibuat oleh Greek Wilder Laknatullah


Filem "Fitna" menonjolkan tentang tafsiran Al-Quran yang disalahtafsirkan sehingga ayat-ayat seruan jihad yang Allah firmankan dikatakan sebagai ayat-ayat pencetus keganasan. Permulaan filem 'fitna' diletakkan gambar karikatur NAbi Muhammad S.A.W dengan berserbankan Bom di kepala.

Malah lebih dari itu, ayat-ayat yang mengharamkan zina dan hukuman zina dipermainkan mereka dengan mengatakan hukuman rejam sampai mati adalah perbuatan membunuh manusia yang inginkan kebebasan.



JELAS BAHAWA FILEM INI MENGHINA ALLAH DAN RASULULLAH..

HARUSKAH KITA MASIH PERLU MENYOKONG MEREKA DENGAN PEMBELIAN BARANGAN MEREKA...



ELAKKAN MEMBELI BARANGAN MEREKA.. JIKA ANDA TERUS MEMBELI, BERMAKNA ANDA TIDAK LANGSUNG MENUNJUKKAN KEBENCIAN KEPADA MEREKA. INI BUKAN ISU PERKAUMAN MAHUPUN NEGARA. TAPI ISU AGAMA KITA.




MARI KITA SAMA-SAMA MEMBOIKOT BARANGAN MEREKA!!!!!!

* Senarai ini dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php