Pembunuhan 9 orang sukarelawan Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza oleh Zionis Israel LAKNATULLAH masih lagi meninggalkan kesan yang besar didalam hati setiap manusia dan muslim.
Tidak dinafikan juga keadaan Malaysia yang begitu marah dengan kekejaman Israel tersebut yang mana bukan sahaja menghalang penghantaran bantuan kepada rakyat GAZA yang sedang menderita kelaparan tanpa makanan dan keperluan asas.
Kerajaan Malaysia juga tidak terlepas dalam menyatakan pendirian sehingga Ayahanda Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak membentangkan 15 usul pendirian Malaysia terhadap perbuatan kejam Israel di Dewan Rakyat baru-baru ini.Perkara ini dilihat cukup hebat pada pandangan masyarakat dunia.
Namun begitu,sebagai seorang muslim yang bersaudara dengan masyarakat Palestin dan bermusuhan dengan Zionis Israel ,berlabuhnya kapal Israel di bumi Malaysia yang bertuah ini tidak dapat saya terima dengan akal fikiran saya .
Kementerian Pengangkutan dengan gaya tersendiri menyatakan memang selama ini kerajaan kita membenarkan kapal-kapal kargo Israel memasuki pelabuhan negara bagi urusan perdagangan.Bagi saya perkara ini tidak patut berlaku ketika semua masyarakat Malaysia masih marah dengan sifat kebinatangan kaum Yahudi ini.
Terlampau banyak kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Palestin,keperluan asasi mereka dinafikan.Hak kemanusiaan mereka dicabul,entah berapa ramai anak-anak kecil yang mati di muncung senapang tentera Israel. Berapa ramai wanita-wanita dirogol tanpa belas kasihan?
Jangan kerana keuntungan dunia kita menjadikan lanun dunia ini sahabat kita.Saya merayu supaya perdagangan dengan Israel LAKNATULLAH ini dihentikan oleh kerajaan Malaysia.Jangan sekadar kita mengutuk dan menyelar tanpa berani bertindak .Sekian.
< Tulisan diatas adalah hasil tulisan seorang ahli Sahabat IQRA’>