Sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan merbahaya keatasnya.
Dalam menongkah arus kehidupan sebagai mahasiswa, tidak tidak boleh lari dari mendirikan solat. Hatta ketika sibuk yang teramat sangat. Baru-baru ini pihak Iqra' Kini difahamkan bahawa terdapat program yang dianjurkan di UTHM yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah telah mengabaikan waktu solat. Hal ini terjadi ketika peserta sedang menunggu kedatangan VVIP untuk merasmikan majlis penutup program tersebut.
Pihak Iqra' Kini cuba mendapatkan pandangan dari seorang Majlis Tertinggi Kelab Iqra mengenai isu ini, Mustaqim bin Yahya selaku Pengerusi Lujnah Sukan dan Kesenian Islam.
"Solat ini rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Seperti mana kita maklum, dalam Al-Quran pun menyebut bahwa solat ini suatu kewajiban keatas setiap orang mukmin. Tidak kira lah samada kita dalam keadaan mana sekalipun, kalau sampai ketikanya mesti dirikan solat!", tegas beliau.
Menurut beliau lagi,
"Setiap manusia yang mengaku sebagai Islam, wajib menunaikan solat. Tidak kira setinggi mana pun darjat seseorang itu, hatta seorang raja yang memerintah 1/2 dunia juga wajib mendirikan solat. Dalam perkara yang berlaku ini, saya amat berharaplah agar pihak yang mengemudi program tersebut agar menekankan aspek solat. Kerana dengan solat ini dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Bagaimana kita ingin memotivasikan pelajar sekolah untuk menjadi baik sedangkan perkara yang dijanji Allah untuk menjadi baik iaitu solat diabaikan? Akhir kata dari saya, saya bersama pimpinan-pimpinan Kelab Iqra yang lain mendesak agar setiap program yang ingin dilaksanakan di universiti haruslah menyediakan waktu untuk solat. Semua pihak mesti bersama-sama dalam mendesak perkara ini kerana kita semua adalah orang yang mengaku menganut agama Islam."
12 Tindakan yang dimaksudkan dalam hadith diatas ialah:
Tiga darinya akan dirasai didunia:
1. Allah akan menghilangkan berkat dari usaha dan begitu juga rezekinya
2. Allah akan mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga darinya akan dirasai ketika hampir mati:
1. Roh dicabut ketika dia dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. dia akan merasai yang amat pedih ketika roh dicabut keluar
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya
Tiga darinya akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur:
1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab di hari akhirat:
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
2. Allah sangat murka kepadanya.
3. Allah akan menyiksanya dengan api neraka.
Begitulah azab yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Sekian.
-Solat Itu Tiang Agama-Iqra' Kini-