Tuesday, June 15, 2010

SERANGAN PEMIKIRAN KE ATAS UMAT ISLAM

Sejak beberapa tahun ini, dapat dilihat zionis serta konco-konconya begitu rakus melakukan serangan ketenteraan kepada negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin. Banyak nyawa umat yang tidak bersalah menjadi korban. Ramai isteri menjadi janda, ramai anak-anak menjadi yatim piatu. Mereka hidup dalam trauma dan ketakutan.
Namun, disebalik serangan itu, terdapat satu lagi serangan bahaya yang dilakukan oleh zionis laknatullah kepada umat Islam sejak berkurun lamanya. Serangan itu adalah serangan pemikiran. Sedar atau tidak, serangan ini dilihat telah berjaya mempengaruhi minda umat Islam khususnya dari golongan muda-mudi dengan pelbagai kesan negatif dan jenayah yang berlaku. Antara yang dilakukan ialah:

1. Memperbanyakkan hiburan

Pada hari ini, hiburan telah menyebabkan banyak golongan remaja khususnya telah terleka dari agenda hidup muslim yang sebenarnya. Pelbagai jenis hiburan yang diperkenalkan termasuklah nyanyian, tarian, permainan video, fesyen dan lain-lain. Pelbagai program realiti TV telah diperkenalkan. Maka berduyun-duyunlah umat Islam menyertai program ini dari budak sekecil 9 tahun hinggalah nenek seusia 50 tahun. Pelbagai kesan negatif lain dapat dilihat dengan minuman alkoholnya, fesyen tak cukup kainnya dan lain-lain. Program hiburan ini secara halusnya telah merosakkan akhlak remaja. Ini dihuraikan oleh mereka, “Kita mesti bekerja keras bagi meruntuhkan akhlak dan moral umat manusia daripada segala segi lapangan, supaya dengan mudah kita dapat menguasai mereka”.

2. Menjauhkan umat dari Al-Quran

Selama Al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selama itulah Eropah tidak mungkin menguasai Timur, selamanya itu juga Eropah tidak akan hidup aman ~ Gladstone, PM Britain~
Al-Quran adalah sumber kekuatan umat. Orientalis barat yang mengkaji Islam mendapati sendiri kehebatan Tamadun Islam terletak pada keakrabannya pada Al-Quran. Perdana Menteri Britain yang menyedari hakikat itu telah mewujudkan ‘kelas agama’ kepada anak-anak peribumi, Al-Quran di ajar tetapi sekadar membaca, bukan untuk difahami isi kandungannya. Al-Quran dijadikan pedoman hidup dan juga insprasi bagi melakukan penyelidikan saintifik oleh barat . Jika mereka orang bukan Islam menggunakan sumber Al-Quran, bagaimana pula kita? Bukankah Al-Quranul Karim adalah buku panduan kita?

3. Meruntuhkan sistem Khalifah

Zionis dan musuh-musuh Islam terus berusaha supaya umat Islam tidak merasai kepentingan khalifah, ketua seluruh umat di dunia. Mereka berusaha menanamkan bibit perbezaan antara bangsa dan negara. Kesatuan umat dipecah-belahkan. Kemudian wujudlah senario Muslim Arab berasa lebih hebat berbanding Muslim Turki, Muslim UEA lebih hebat berbanding Muslim Yaman, Muslim Malaysia lebih hebat berbanding Muslim Bangladesh. Sedangkan Islam mengajar bahawa kemulian disisi Allah bukan dilihat menerusi warna kulit , harta, kecerdikan dan sebagainya malah kemulian disisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa. Yahudi yang memusuhi Islam juga begitu komited dalam peperangan siber selain peperangan ketenteraan. Malah mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang memusuhi Islam. Pastikah kita selamat daripada sebarang 'peluru sesat' dalam peperangan ini? Adakah aku, engkau dan yang lain2 mahu menjadi penonton kepada sebilangan umat yang 'cedera parah' dalam peperangan ini? Tepuk dada tanya iman.
Wallahu’alam -Iqra' Kini