“Kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik," kata Datuk Seri Najib Razak.
"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini".
"Syarat ini begitu tegas ditentukan kerajaan. Sejak kerajaan meluluskan secara dasar pada Ascot Sports Sdn Bhd (Ascot), tinjauan ramai dilakukan dan terdapat pihak yang menyokong dan menentang.
“Selepas mengambil kira semua pandangan ini, jelas pada kerajaan sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen itu diberikan kepada Ascot.
"Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan yang lesen itu tidak akan dikeluarkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat malam tadi.
Pihak Iqra' kini mendapatkan ulasan dari Setiausaha Kerja Kelab Iqra' ,Mohd Fakhairie bin Ibrahim
"Tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia".
"Kelab Iqra’ UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas tindakan ayahanda Perdana Menteri setelah didesak oleh pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia" kata beliau .
Firman Allah s.w.t:
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Surah Al-Baqarah:219