Tuesday, June 1, 2010

TINDAKAN LEBIH TEGAS KEPADA ISRAEL – LIFELINE 4 GAZA

Dunia hari ini perlu sedar bahawa tindakan yang lebih tegas perlu di ambil kepada Israel di atas kelakuan kejam dan bersifat kebinatangan puak itu kepada masyarakat dunia.Serangan yang dilakukan keatas Armada Bantuan Antarabangsa Gaza semalam membuktikan mereka perlu di ‘ajar’ dengan lebih keras.



Mengulas isu tersebut,pihak Iqra’ Kini mendapatkan ulasan daripada Setiausaha Agung Kelab IQRA’, Saudari Siti Roslinda bt Abdul Aziz.


“Israel LAKNATULLAH  perlu diberi pengajaran yang lebih keras,kami memohon Majlis Keselamatan PBB dan OIC tidak hanya sekadar mengecam dan mengutuk memandangkan ianya tidak mencukupi dan tidak sedikit pun memberi kesan kepada Zionis Israel.Kami menyarankan tindakan ketenteraan perlu diambil diatas kelakuan kejam mereka ini.OIC dan PBB perlu bekerjasama untuk menghantar tentera mereka mengawal sempadan Palestin samaada perairan ,udara atau darat”katanya

Bendahari Kelab IQRA’ pula , Saudari Siti Norida Norain berkata

“PBB serta OIC mesti menunjukkan bahawa mereka masih relevan dalam memelihara keamanan dan keadilan dunia.Tindakan PBB keatas  Rejim Apartheid dengan menjalankan embargo ke atas Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu harus diikuti.Tindakan menjalankan embargo keatas Israel harus dilakukan demi menyelamatkan masyarakat dunia.”

Setiausaha Kerja Kelab IQRA’, Saudara Mohd Fakhairie bin Ibrahim menyatakan kepada pihak Iqra’ Kini

“Serangan tersebut menunjukkan muka sebenar Israel yang mana tidak pernah manghiraukan resolusi,kutukan dan kecaman daripada masyarakat antarabangsa termasuk dari Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)”,tegasnya.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa,solat hajat dan doa qunut nazilah.Kerana kekuatan tidak bermakna apa-apa tanpa pertolongan ALLAH-Iqra’ Kini