Wednesday, January 19, 2011

KENANGAN SEPANJANG ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim ..Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa kampus UTHM  iaitu berkaitan dengan serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun.   Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel. 
           
Saya mewakili mahasiswa serta mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang bersifat kebinatangan itu keatas sebuah rombongan bersifat aman.Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH s.w.t diatas selamatnya 12 orang rakyat Malaysia yang berada diatas kapal Mavi Marmara ketika kapal tersebut dirampas tentera komander Israel.

Saya di sini menyeru semua Presiden Persatuan Mahasiswa Islam diseluruh kampus yang berada di Malaysia agar dapat menggerakkan ahli-ahli mereka agar bangkit menunaikan solat hajat  dan memohon pertolongan daripada ALLAH s.w.t demi menyelamatkan masyarakat Palestin dan seluruh umat Islam.

Perbuatan Israel ini bukan pertama kali ataupun terakhir yang dilakukan ,bahkan masyarakat dunia sudah muak dan jelik mendengar sifat dan sikap kejam mereka.  Allah S.W.T telah mengutuskan ramai Nabi dan Rasul dari kalangan mereka, lantaran itu mereka merasakan mereka adalah bangsa ‘terpilih’ dan paling ‘mulia’.


Hamba Allah,
Muhammad Faridz bin Ismail,
Presiden Kelab Iqra’ sesi 2010/2011
"Membina Generasi Al-Quran"