Friday, January 21, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' kali ke-12

Laporan terkini: 

10.25 pagi
Slot pertama: Ucapan Dasar Pengerusi Kelab Iqra' UTHM sesi 2010.

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' kali ke-12 kali ini dihadiri oleh sahabat-sahabat dari Universiti Teknologi Malaysia, Institut Perguruan Tun Hussein Onn Malaysia dan juga Politeknik Johor Bahru sebagai pemerhati. 

Untuk isi yang pertama, Pengerusi menyentuh mengenai hakikat perjuangan dakwah Islamiyah di bumi UTHM. Di dalam ucapan dasar beliau, Pengerusi membawa kita mengenai kekaburan pemikiran, kegagalan kesatuan, peruntukan kewangan, perancangan dan tindakan, menjunjung kesucian Islam dan hak kebebasan beragama,  dan komunikasi.

Manakala isi yang kedua, beliau menyentuh mengenai tema "Memperkukuhkan Ukhuwah, Memperkasakan Kesatuan". Isu yang disentuh adalah mengenai program yang berbentuk pengikatan silaturahim dan ukhuwah antara Majlis Tertinggi dan Pimpinan Kelab Iqra' bersama dengan Sahabat Iqra' dan juga mahasiswa dan mahasiswi UTHM secara keseluruhannya.

Isi ketiga adalah mengenai "Mahasiswa: Perubahan dan Persiapan". Pengerusi membawa para hadirin dan hadirat untuk menyelusuri program Kelab Iqra' UTHM yang berunsurkan percambahan ilmu yang berkaitan dengan agama.

Isi yang keempat adalah berkaitan dengan "Intelektual Mahasiswa Menjana Inspirasi". Juga, pada isi ini Pengerusi menyentuh mengenai kepentingan akademik dalam kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di samping tidak mengabaikan pengalaman dalam berpersatuan semasa dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi.

Isi yang terakhir, Pengerusi menyentuh mengenai "HELWANI Mengangkat Darjat Siswi". HELWANI dalam Kelab Iqra' UTHM telah mengadakan program yang berkaitan dengan hal ehwal siswi di bumi UTHM. Sememangnya, golongan siswi tidak seharusnya diabaikan dalam organisasi.

Penutup kepada ucapan beliau, beliau berpesan kepada Pimpinan dan Majlis Tertinggi Kelab Iqra' UTHM yang akan datang supaya terus thabit dalam perjuangan menegakkan dakwah Islamiyah di bumi UTHM.


10.40 pagi
Slot kedua: Pembentangan Aktiviti Kelab Iqra' UTHM oleh Setiausaha Kerja Kelab Iqra' UTHM sesi 2010


Setiausaha Kerja (SUK) Kelab Iqra' UTHM membentangkan tetang program Kelab Iqra' sebanyak 13 program iaitu 4 program pada sesi pertama dan 9 program bagi sesi kedua.


Pada sesi pertama, program yang telah diadakan adalah Explorasi IPTA, Program Anggun Ayu, Lawatan Politeknik Johor Bahru ke UTHM, dan juga Kem Lambaian Kasih.


Pada sesi kedua, antara program yang telah diadakan oleh Kelab Iqra' UTHM adalah Eksplorasi Ukhuwah, Smart Manage & Get's A (yang mempunyai dua sesi), Bubur Lambuk 2010, Pelancaran IGG (Islamic Genius Group), Liqa' Aidilfitri 2010, Kuliah Fiqh Nisaa' yang mempunyai 3 sesi, Karnival Kelab, Konvokesyen UTHM kali ke-10 dan Kem Inspirasi Teman Antara Mahasiswa 2010 (InTeAM'10).

10.54 pagi
Slot ketiga: Pembentangan Belanjawan Kelab Iqra' UTHM oleh Bendahari Kelab Iqra' UTHM sesi 2010


Bendahari Kelab Iqra' UTHM sesi 2010, saudari Siti Norida Norain binti Naem membentangkan belanjawan Kelab Iqra' UTHM sepanjang sesi 2010.


Jumlah belanjawan bagi Kelab Iqra' UTHM 2010 adalah RM9877.50.