Thursday, January 20, 2011

PERUTUSAN RASMI PRESIDEN KI SEMPENA AGM KE 12

Bismillahirrahmanirrahim…..

Segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W.

Mesyuarat Agung Kelab IQRA’ UTHM pada kali ke 12 ini bakal membawa makna yang begitu besar kepada mahasiswa Islam khususnya dan mahasiswa bukan Islam amnya. 

Pada Mesyuarat pada kali inilah pelbagai perubahan yang bakal merancakkan lagi agenda-agenda untuk memartabatkan Islam akan dirancang dengan begitu teliti sekali. 
Kajian menukarkan nama Kelab IQRA’ UTHM kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTHM yang telah dilakukan dengan begitu teliti sekali oleh Lujnah Penyelidikan , Pembangunan dan Perpaduan bakal di umumkan di khalayak ramai.

Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W 

“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”

Setiap mukmin pasti mahukan Islam diangkat setinggi-tingginya. Sirah para sahabat telah membuktikan bahawa mereka mengangkat Islam lebih daripada keluarga , harta bahkan nyawa mereka sendiri.  
 
Firman Allah s.w.t

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dgn mulut mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang yg kafir tidak menyukai.”

Surah Al-Imran : 19

Sebagaimana yang di ketahui ramai Mesyuarat Agung Kelab IQRA’ UTHM pada kali ini di serang dengan provokasi yang ingin memboikot Mesyuarat Agung Kelab IQRA’ kali ke 12 pada kali ini. 

Saya mewakili semua Majlis Tertinggi Kelab IQRA’ UTHM dengan ini memaafkan perbuatan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.Kembalilah ke jalan Allah dan takutkanlah  balasannya yang begitu pasti. Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Allah s.w.t.

Dan sesungguhnya Islam itu adalah agama untuk semua umat manusia , yang mana telah diterima oleh Allah s.w.t dan Islam itu bukan agama bangsa atau kaum

Sekian,Terima kasih

Wallahualam


Hamba Allah
Muhammad Faridz bin Ismail
Presiden Kelab IQRA’
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia