Friday, January 21, 2011

SESI PERBAHASAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 12

10.58 pagi
Sesi perbahasan adalah berkaitan dengan ucapan dasar Pengerusi Kelab Iqra' UTHM 2010 dan juga pembentangan aktiviti serta belanjawan Kelab Iqra' UTHM.

Perbahasan 1 : Ucapan dasar mengenai status Kelab Iqra' UTHM kepada Persatuan Mahasiswa Islam ( PMI ) oleh saudara Mohd Ihsan dari FKAAS. Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM perlu tahu akan isu status penukaran nama daripada Kelab Iqra' kepada PMI.

Perbahasan 2 : Ucapan dasar pada muka surat ke-13 yang menyentuh isi berkaitan "Intelektual Mahasiswa, Menjana Inspirasi" oleh saudara Mohd Syaiful Farhan dari FKMP.

Perbahasan 3 : Ucapan dasar pada muka surat ke-14 mengenai isu kepimpinan oleh saudara Hadi Abd Rahman dari FKAAS.

Perbahasan 4 : Ucapan dasar pada muka surat ke-12 yang berkaitan dengan isi kedua "Memperkukuh Ukhuwah, Memperkasa Kesatuan oleh saudari Noraizatul Akma binti Mansur dari FKEE.

Perbahasan 5 : Ucapan dasar pada muka surat ke-12 dan pada isi ke-5, "HELWANI Mengangkat Darjat Siswi" oleh saudari Nurul Shaadah binti Norli.

Perbahasan 6 : Ucapan dasar mengenai "HELWANI Mengangkat Darjat Siswi" oleh saudari Nurul Fatehah binti Sidek.
Perbahasan 7 : Menyentuh tentang pembentangan laporan aktiviti yang berkaitan dengan Program Anggun Ayu dan juga Kuliah Fiqh Nisa oleh saudari Amirah Najwa.

Perbahasan 8 : Ucapan dasar mengenai isi ke-3 iaitu, "Mahasiswa: Perubahan & Persiapan" oleh saudara Hadi bin Harun.

Perbahasan 9 : Menyentuh mengenai Konsert Mahabbah al-Gaza oleh saudari Wan Amira.

Perbahasan 10 : Menyentuh mengenai laporan kewangan yang berkaitan dengan sumbangan yang Kelab Iqra' UTHM perolehi oleh saudari Yuhanis.

Perbahasan 11 : Menyentuh mengenai sumbangan yang diperolehi oleh Kelab Iqra' oleh saudara Faris Firdaus. Cadangan supaya Kelab Iqra' UTHM mencari tajaan pada masa akan datang. Juga menyentuh mengenai ucapan dasar mengenai perubahan yang akan dibawa oleh Kelab Iqra' dan juga mengenai HELWANI Kelab Iqra' UTHM.

Perbahasan 12 : Menyentuh laporan aktiviti berkaitan Kuliah Fiqh Nisa oleh saudari Nur Izyani.
Perbahasan 13 : Menyentuh mengenai ucapan dasar pada muka surat ke-14 mengenai "Intelektual Mahasiswa, Menjana Inspirasi" oleh saudari Nor Adibah Aslah. 

Perbahasan 14 : Menyentuh mengenai ucapan dasar perkara 2.0 "Memperkukuh Ukhuwah, Memperkasa Kesatuan" oleh saudara Hidayatullah. 

Perbahasan 15 : Menyentuh tentang penukaran nama Kelab Iqra' kepada Persatuan Mahasiswa oleh saudara Ridhwan. Nama PMI seolah-olah mengikat dakwah hanya kepada orang atau mahasiwa dan mahasiswi Islam sahaja manakala nama Kelab Iqra' telah sebati dengan pelajar-pelajar UTHM.

Perbahasan 16 : Respon mengenai status penukaran nama Kelab Iqra' kepada PMI oleh saudara Faris Firdaus.

Perbahasan 17 : Menyentuh mengenai laporan kewangan Kelab Iqra' UTHM mengenai sumbangan yang diperolehi oleh Kelab Iqra' UTHM oleh saudari Khadijah.

Perbahasan 18 : Menyentuh mengenai status penukaran nama daripada 'kelab' kepada 'persatuan' oleh saudara Hadi Abd Rahman. 




Perbahasan ditutup pada pukul 11.57pagi.

Laporan Aktiviti Tahunan telah disahkan oleh saudara Syaiful Hakimi dan disokong oleh saudara Hafizudin.
Laporan Kewangan Kelab Iqra' telah disahkan oleh saudari Nurul Shaadah dan telah disokong.