Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Saturday, February 28, 2009

Pendirian Kelab Iqra UTHM berkaitan isu pembinaan masjid baru



Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengaajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.

Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut..

“Apa yang kami harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan perjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Kami sedaya upaya cuba memberikan hujah yg terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Kami juga mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini” ujar Presiden Kelab Iqra setelah selesai menyerahkan borang tersebut kepada salah seorang pegawai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.-iqrakini

Selamat Datang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Kelab Iqra UTM mengalu-alukan kedatangan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Yang Berhormat Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 2 Mac 2008 ( Isnin ). Di harapkan lawatan kerja yang Yang Berbahagia Dato' Seri pada kali memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya dan warga kampus amnya.

Tuesday, February 24, 2009

JKPTA Buka Peluang Kepada Timbalan Presiden KI Untuk Bersama Tabur Bakti

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam, JawatanKuasa Pelajar Tanpa Asrama UTHM, kerana sudi menjemput saya bagi bersama-sama menabur bakti dalam Program Semanis Senyuman baru-baru ini. Juga ucapan tahniah daripada saya kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Semoga Allah memberkati usaha yang telah dilakukan…”


Saudara Muhd Muhaimin Bin Zakaria selaku Timbalan Pengerusi 2 Kelab, memberitahu baru-baru ini telah memenuhi satu jemputan daripada JawatanKuasa Pelajar Tanpa Asrama (JKPTA) bagi bersama-sama turun padang menabur bakti kepada anak-anak yatim dan miskin pada 20 hingga 22 Febuari 2009 yang lalu. Jemputan tersebut adalah bagi membolehkan beliau memberi pengisian berbentuk kerohanian kepada anak-anak yatim dan miskin dalam Program Semanis Senyuman. Disamping itu, beliau memberitahu turut diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator bagi mengendalikan slot Laihan Dinamika Kumpulan(LDK). Program tersebut telah berlangsung di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi Perak.


Pusat jagaan tersebut sebenarnya hanya dihuni oleh 29 orang anak yatim dan miskin yang berumur lingkungan 6 hingga 17 tahun. Saya amat kagum dan berbangga kerana pusat jagaan tersebut diuruskan secara persendirian oleh En Khairul Anuar yang kebetulan juga berasal dari Terengganu. Turut menjadikan saya terharu adalah kerana terdapat lagi kakitangan yang turut bersama-sama membantunya iaitu 2 orang fellow, seorang ustaz dan ustazah dan yang lain sanggup bekerja sepenuh masa di tempat tersebut walaupun mungkin hanya dibayar dengan gaji yang kecil memandangkan pusat tersebut adalah milik persendirian.”


Menurut saudara Muhaimin, sewaktu di pusat jagaan tersebut, beliau telah diamanahkan untuk mengendalikan satu slot pengisian iaitu ceramah bagi melengkapkan tentatif program. Kesempatan yang ada digunakan oleh beliau dengan membuat pembentangan persembahan slide kepada para peserta yang mana difahamkan pembentangan tersebut menyentuh berkaitan asas-asas dan nilai-nilai di dalam Islam. Ianya adalah bertujuan bagi menanam perasaan cintakan Islam dikalangan anak-anak yatim tersebut.


Melihat kepada keadaan dan penglibatan peserta sewaktu program berlangsung, beliau merasakan usaha mendekati golongan-golongan sebegini sebenarnya perlu lebih digiatkan lagi oleh pelbagai pihak khususnya mahasiswa/i termasuk persatuan-persatuan pelajar yang ketandusan idea untuk mengadakan aktiviti kebajikan. Disamping mengadakan program, persatuan-persatuan ini sebenarnya boleh mencari tajaan daripada mana-mana syarikat bagi disalurkan terus kepada pusat-pusat jagaan yang dilawati.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua beliau dijemput menyertai program sebegini iaitu kali pertama sewaktu bersama Jawatankuasa Desasiswa Taman Melewar atau sekarang dikenali sebagai Jawatankuasa Kolej Kediaman Melewar pada 2 tahun yang lepas.


“Sepanjang pengalaman penglibatan saya sebanyak dua kali dalam program sebegini, sebenarnya sudah cukup memberi gambaran bahawa perlunya kita menjadikan Pusat Jagaan sebegini sebagai tempat membuat kebajikan. Tidak kiralah sama ada dari segi motivasi kepada pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan, sumbangan berbentuk kewangan, keperluan harian atau sebagainya. Kesempatan ini, saya menyeru kepada semua pihak yang mempunyai kesedaran, bolehlah berusaha membantu dan mendekati golongan mereka ini. Yakinlah, golongan yang dibela nasibnya ini sebenarnya membuka ruang kepada kita untuk mendapat Rahmat daripada Allah jika kita terus menerus kasih kepada mereka,”-iqrakini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin tersebut, bolehlah mengirimkan wang terus ke akaun seperti dibawah :

Nama Akaun : PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN

Bank : Maybank

Nombor Akaun : 5082 2521 5570

Boleh melawat laman ini : www.nuruliman.org.my


Dan juga Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin yang lain di seluruh Malaysia.

“Moga Allah Merahmati dan Memberkati usaha Kalian”


Forum di UIAM anjuran Kelab Ma'ruf

SIMPOSIUM PERDANA MAHASISWA ISLAM MALAYSIA (SIDANA’09)


1 Mac 2009 (Ahad)

Ucaptama

Prof Datuk Dr. Gauth Jasmon

Naib Canselor

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Pembentangan Kertas Kerja 1

Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat

Oleh : YB Saifuddin Nasution

Ahli Parlimen Machang,Kelantan,

Pembentangan Kertas Kerja 2

Mahasiswa Islam Dan Wawasan 2020

Oleh : Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar

Dekan Fakulti Sastera UM

Pembentangan Kertas Kerja 3

Tema : Pengukuhan Kesatuan Mahasiswa Islam

Oleh : Sdr. Muhamad Hisommudin Bakar

Pengarah Ilham Center

Pembentangan Kertas Kerja 4

Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi

Oleh : Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Pengerusi Eksekutif Nadicorp Sdn Bhd

Monday, February 23, 2009

As-syahid Hasan Al Banna, orang pertama hidupkan isu Palestin.


sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Isnin , 23/02/2009 - Hasan al Banna merupakan seorang tokoh umat Islam yang menghidupkan isu Palestin. Beliau berjaya menjadikan Palestin sebagai isu utama umat Islam. Ini merupakan salah satu pendapat yang dilontarkan dalam seminar yang diadakan di Pusat Kajuan dan Penelitian Palestin di Gaza. Tema seminar ialah “60 tahun Syahidnya Imam Hasan al Banna”. Acara ini dihadiri para ulama dan pemimpin lembaga dan organisasi Islam dan nasional serta para pemikir Islam.


Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestina. Al Hindi mengatakan, “Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam. Beliau turut menyatakan, al Banna turut menerajui demonstrasi di Mesir dengan slogan dan seruan “Palestin adalah Arab dan Islam”. Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.

sambungan

Iktibar untuk semua.


Kelab Iqra Mengucapkan takziah kepada keluaraga Alahyarham Muhd Hadzrin Mohamad pelajar tingkatan 4 yang meninggal dunia selepas seminggu koma setelah di belasah oleh 24 remaja.Allahyarham merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), kira-kira jam 1 pagi semalam di sisi ahli keluarganya.

Sesungguhnya perkara yang terjadi ini adalah suatu yang amat mendukacitakan. Kami pimpinan Kelab Iqra berasa simpati dengan keluarga Allahyarham dan merasakan mengapa terlalu rendah tahap moral remaja sekarang sehingga tidak memandang berat dalam aspekmenghargai nyawa. Memang sebelum ini kebanyakkan sekolah seringkali kedengaran kes pukul dan gaduh tetapi mungkin di sebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak berkaitan, maka perkara ini menjadi berlarutan.

"kita berharap dan berdoa agar ini merupakan kes terakhir melibatkan 'pembunuhan tidak terancang' oleh pelajar sekolah di negara ini. Seharusnya seluruh masyarakat harus memandang serius perkara ini dan kita harapkan khususnya kepada adik-adik penuntut di sekolah agar menjauhkan budaya gaduh dan buli memandangkan ianya boleh mendatangkan mudarat sehingga kehilangan nyawa" ujar presiden Iqra-iqrakini

Sunday, February 22, 2009

Haramkan sahaja drama popular Spa Q 2

Pelakon Spa Q 2 mendakwa hubungan mesra seperti adik beradik
www.bharian.com.my

Pasangan artis berkenaan adalah pelakon Spa Q musim kedua (Spa Q 2) yang ketika ini masih disiarkan di TV3. Hubungan mesra mereka menjadi bualan hangat di kalangan media dan peminat apabila beberapa keping foto seksi Azizah berposing manja dengan Zaefrul terlepas ke internet, sekali gus menjadi tatapan umum tanpa perlu membayar walau sesen pun!

Lebih menghangatkan cerita, Azizah adalah seorang ibu tunggal yang berusia 45 tahun, tapi pasangannya pula, Zaefrul suami orang! Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Azizah dilihat mengenakan pakaian seksi dalam Spa Q 2 apabila ada dakwaan mengatakan imej seperti itu tidak lagi bersesuaian dengan usianya.

Pun begitu, temu bual Azizah dengan sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan kumpulan Berita Harian Sdn Bhd) terbitan 15 Februari lalu, dia mengakui berpakaian begitu sekadar mengikut kehendak produksi dan imej seksi itu hanya ditampilkan dalam lakonan saja, tetapi tidak ketika berada di luar lokasi penggambaran. Bagi Zubir, Azizah bersikap profesional, dia sekadar mengikut kehendak skrip dan jalan cerita drama bersiri popular itu.

Tapi, nampaknya cakap tak serupa bikin apabila gambar-gambar yang tersebar di internet itu, Azizah muncul dengan imej seksi, itu bukan di dalam Spa Q 2! Menerusi temu bual dalam akhbar sama, Azizah mengakui hubungannya dengan Zaefrul umpama keluarga dan mereka sudah mengenali sejak kecil lagi, sekali gus beranggapan pemuda berkenaan seperti adiknya. Azizah juga mengakui rapat dengan isteri Zaefrul.


Melihat pada gambar kontroversi pelakon utamanya yang di dedahkan di akhbar dan internet, pengerusi lajnah Sukan dan kesenian Islam Kelab Iqra beranggapan haramkan sahaja tayangan siri drama tersebut. Kita tidak dapat menafikan bahawa golongan artis merupakan mereka yang dekat dengan masyarakat dan hampir setiap pergerakan mereka akan di ketahui oleh masyarakat. kadang-kadang mereka juga boleh mempengaruhi moral atau tinkahlaku masyarakat. Jika seseorang itu membawa pengaruh yang tidak baik, kenapa masih lagi di beri peluang kepadanya menjadi ikon masyarakat?

Adakah dengan menganggap seseorang itu sebagai "kakak" maka segala batasan sebagai seorang muhrim akan terbatal begitu sahaja ? Saya tidak boleh menerima alasan tersebut dan seolah- olah pelakon tersebut mempersendakan agama. Justeru langkah mengharamkan sahaja drama yang di lakonkan oleh pelakon tersebut adalah wajar dalam memberi peringatan kepadanya. Jika artis tersebut rendah moralnya, ia tidak sepatutnya di beri ruang dalam mesyarakat. Pihak yang berwajib harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan atas perkara ini.

kerajaan buat keputusan terbaik - LPP Iqra


Najib: Terminal LCCT di Labu batal

PHUKET: Kerajaan tetap dengan keputusannya untuk menolak cadangan AirAsia Bhd dan Sime Darby untuk membina sebuah lapangan terbang tambang murah (LCCT) berharga RM1.6 bilion di Labu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek di Labu tersebut tidak dapat diteruskan cadangan asalnya kerana Sime Darby tidak akan menampung kos pembinaan infrastruktur yang dianggarkan kira-kira RM800 juta.

sambungan

Di harapkan keputusan yang di buat adalah suatu keputusan yang terbaik dalam mengambil kira pelbagai faktor seperti kewangan, logistik dan peranannya sendiri. Selain itu, kita seharusnya memanfaatkan lapangan terbang yang sedia ada (KLIA) dan bagi saya itu merupakan sebuah lapangan terbang yang mampu beroperasi dengan baik. Bagi kami, menyokong penuh keputusan yang di buat oleh kerajaan berkaitan kemelut isu pembinaan LCCT di Labu. ujar pengerusi lajnah pembangunan dan penyelidikan saudara Mohd Rizan Bin Abdul.

Wednesday, February 18, 2009

Program Terbaru Kelab Iqra'

Tahniah dan Selamat Datang Yg. Bhg. Prof. Dr. Rugayah Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM

Yg. Bhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamed telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuatkuasa 6 Februari 2009. Beliau sebelum ini merupakan Profesor di Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelantikan YBhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamed ini adalah bagi mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM yang sebelum ini disandang oleh YBhg. Prof. Dr. Hashim bin Saim, yang telah tamat tempoh lantikannya.

YBhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamed, 53 tahun, memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Development & Project Planning Centre, University of Bradford, England pada tahun 1991. Sebelum menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di UTHM, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor/Ketua Jabatan Analytical Economics, Faculty of Economics and Administration, Universiti Malaya dari tahun 1997 hingga Julai 1998. Beliau kemudiannya menyambung perkhidmatan di UTM mulai Ogos 1998 hingga 2003 sebagai Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa dan sebagai Profesor di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM.

TAHNIAH diucapkan di atas pelantikan YBhg. Prof. daripada kami, warga Kelab Iqra' dan seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tuesday, February 17, 2009

Penganugerahan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) kepada Pengarah Pusat Islam

Sukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah perkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) kepada Dr. Hussain bin Othman, Pengarah Pusat Islam UTHM sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-81.

Sehubungan dengan itu, warga Kelab Iqra' mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas penganugerahan tersebut yang telah diadakan pada 29 Januari 2009 yang lalu di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Semoga dengan penganugerahan ini akan meningkatkan lagi prestasi beliau.

Monday, February 16, 2009

Kelab Iqra Vs Ma'ruf Club in Ukhwahfillah..

GOMBAK, 16 Feb- Perjalanan selama 6 jam menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mencoret satu sejarah buat Kelab Iqra apabila berjaya menjalinkan kerjasama antara Islamic Club disana atau lebih dikenali sebagai Ma'ruf Club. Delegasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang seramai 80 orang selamat tiba di perkarangan Masjid UIA pada pukul 5 pagi dengan disambut baik oleh wakil-wakil dari Ma'ruf Club(MC). Program dimulakan dengan qiamullail dan disusuli oleh pengisian dari wakil MC iaitu saudara Hafizzudin.
Program bersama Ma'ruf Club dianjurkan oleh Lujnah Sukan dan Kesenian Islam bermatlamatkan perkongsian pengalaman dan ilmu berkaitan dengan bagaimana sebuah badan pelajar Islam dapat memainkan peranannya di kampus. Pengarah program, Saudari Nurul Zahidah binti Abd Hamid
berharap "Semoga bermusafiran Kelab Iqra ke sini(UIA) akan membuahkan hasil yang memberikan satu impak perubahan Kelab Iqra' sendiri dalam menerajui kampus ke suasana lebih kondusif dari segi rohaniahnya".Melalui program ini secara tidak langsung memberikan pengenalan awal UTHM amnya dan Kelab Iqra' khususnya kepada Ma'ruf Club sendiri supaya mereka mengetahui bahawa UTHM juga mempunyai badan pelajar Islam yang tidak ketinggalan dalam membantu universiti merealisasikan misi universiti sendiri. Program berbentuk ukhwah menjadi tirai permulaan program pada hari tersebut apabila semua peserta dari KI UTHM terlibat dengan Open Day Ma'ruf Club yang dilangsungkan di Female Sport Centre. Pelbagai acara diatur dalam Open Day tersebut hinggalah modul-modul yang dijalankan membawa kepada situasi-situasi melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar sebagaimana menjadi tema Ma'ruf Club sendiri. Selain dari Open Day yang diadakan, Kelab Iqra' sendiri sempat bersama Ma'ruf Club dalam sesi perbincangan dan bertukar pengalaman pada sebelah petangnya. Menariknya sesi kedua ini ialah, semua delegasi yang terlibat menempuh satu pengalaman baru iaitu public speaking secara spontan. Public speaking diadakan berikutan kehadiran pelajar antarabangsa dalam delegasi Kelab Iqra' sendiri.
Program yang bermula seawal 5.00 pagi berakhir pada pukul 6.30 petang dengan sesi penukaran cenderahati dari kedua-dua pihak..
Tahniah di ucapkan kepada Kelab Iqra' dan Ma'ruf Club..
Ukhwah fillah abadan abada... - Iqrakini

Saturday, February 14, 2009

Sekitar majlis watikah MPPUTHM08/09

DTII, 6 Feb - Bertempat di dewan Tunku Ismail Ibrahim,UTHM telah berlangsung majlis watikah untuk kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar UTHM 08/09. Majlis turut di hadiri oleh naib cancelor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Y. Bhg. Prof Datu' Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin serta beberapa pegawai kanan universiti.

Mantan MPPUTHM 07/08 bersama beberapa pimpinan Kelab UTHM termasuk dari Kelab Iqra' hadir dalam majlis tersebut. Di dalam majlis tersebut, mantan MPPUTHM07/08 telah raikan dengan pemberian cenderahati dan sijil sebagai tanda perhargaan sepanjang tempoh perkhidmatan. Di akhir majlis, YDP UTHM08/09 Saudara Hanif Adnan telah mengetuai bacaan iqrar di hadapan Naib Canceleor serta beberapa pegawai kanan universiti.

"Di peringkat kelab Iqra mengucapkan tahniah dan takziah atas lantikan secara rasmi pimpinan baru MPPUTHM pada kali ini. Kelab Iqra akan meyokong penuh perjuang MPPUTHM pada kali ini sekiranya meneruskan agenda perjuangan dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Selain itu, Kami berhasrat menjadi perantara di antara mahasiswa dan kepimpinan MPPUTHM 08/09 dalam memberi pandangan dan lontaran idea. Namun kami juga bersedia menegur kepimpinan baru MPPUTHM pada kali ini jika terdapat kekurangan dan kesalahan." ujar SUK kelab Iqra saudara Syafig Abd Rahman yang hadir dalam majlis tersebut.-iqrakini

Saturday, February 7, 2009

Menerobos Tembok Benua




UTHM, 31 Jan – Bertempat di bilik aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, telah berlangsung suatu perbincangan tidak rasmi antara saff kepimpinan Kelab Iqra dengan Mahasiswa Somaliland yang belajar di UTHM. Pertemuan dan Perbincangan yang di adakan adalah di atas permintaan mahasiswa Somaliland itu sendiri yang di ketuai oleh Saudara Abdi Kadir.

Saff Kepimpinan Kelab Iqra yang di ketuai oleh presidennya berbesar hati atas pelawaan tersebut dan berjaya memanfaatkan kesempatan masa yang ada ketika perbincangan di jalankan. Pelbagai persoalan dan penerangan berkaitan Kelab Iqra telah di jelaskan oleh saudara presiden sendiri di samping membina ikatan ukhwah mereka.

Di harapkan, pertemuan tersebut adalah permulaan bagi kepimpinan Iqra menjelaskan peranannya dan di jadikan wadah untuk mahasiswa UTHM dalam mempertingkatkan dakwah Islam terhadap warga kampus dan dalam masa yang sama menjadi ajen dalam membatu menjaga kebajikan mahasiswa khususnya dari luar Negara.

Walaupun di bezakan dengan geografi dan bangsa, tetapi atas tuntuan aqidah yang sama, pertemuan itu berjaya di jalankan dan di harapkan ukhwah islamiayah yang di semai akan subur walaupun di mana sahaja.-iqrakini

ARKIB- DISKUSI ILMU MPP UTHM & MPP Unimap


UTHM, 25 Jan – Di atas Jemputan MPPUTHM terhadap wakil-wakil kelab di UTHM untuk berdiskusi bersama MPPUnimap, Saff kepimpinan Iqra tidak melepaskan peluang tersebut untuk sama-sama berdiskusi yang di ketua oleh presidennya Saudara Hadi Abd Rahman, Timbalan Presiden 2, Saudari Ar Rauzah dan Setiausaha Agung Saudari Siti Roslinda


.Diskusi yang di adakan Di Dewan Jamuan 1 telah menghimpunkan beberapa wakil kelab dari UTHM dan 11 orang kepimpinan MPPUTHM yang di ketuai sendiri oleh YDP saudar Hanif. Di peringkat MPPunimap seramai 35 perwakilan dari barisan MPPdan wakil-wakil kelab mereka hadir .

Pelbagai perkongsian dan bertukar pengalaman di manfatkan dalam diskusi tersebut di samping bercerita tentang kemudahan yang wujud di kampus masing-masing seperti peningkatan mutu perkhidmatan bas, kedudukan bagi

penempatan kolej kediaman dan pelbagai isu perpaduan.

Diskusi turut di hangatkan dengan curahan idea dan perkongsiaan masalah bersama oleh presiden Iqra dalam melontar isu berkaitan gejala sosial di kampus berhubung masalah akidah yang seringkali dilupai oleh mahasiswa. Di samping itu, beliau menekankan tentang kepentingannya memelihara sahsiah diri di samping kerjasama tidak kira di kampus mana dalam menangani masalah berkaitan gejala sosial. Peranan Iqra’ yang semestinya menjadi satu suara yang perlu menimbulkan persoalan-persoalan berkaitan masalah-masalah sosial yang berlaku dikampus membuka kotak pemikiran mahasiswa dan mahasiswi sesuai dengan objektif penubuhannya .-iqrakini

Monday, February 2, 2009

Program Terbaru Kelab Iqra!!!



BERITA BAIK!!!

Kepada semua warga UTHM dan Sahabat Iqra, anda dijemput untuk bersama-sama menghadiri program terbaru Kelab Iqra sepeti di atas.
Usah berlengah lagi, uruskan jadual anda untuk kesana.. Segarkan minda anda di pagi hujung minggu ini..Masuk adalah percuma..
Ada Perasmian KP.2.i dan perjumpaan lajnah (biro) pada hari tersebut.. Jika anda masih baru dan pertama kali menyertai program Kelab Iqra, jangan risau, anda boleh menyertai mana-mana lajnah pada hari itu mengikut citarasa anda.

Pengangkutan?

Berikut senarai masa dan tempat untuk pengangkutan..(Pembetulan)
Pergi ke UTHM- 8.00 pagi
Pulang ke Kolej Kediaman - 12.15tghari(Insya-Allah)
*K.K Melewar = 1 Van
*K.K Perwira = 1 Van


Jadi, siapkan diri anda pada hari itu.. Kepada Sahabat Iqra yang mempunyai masalah kad ahli, anda hadir bersama dengan berpakaian untuk bergambar bagi dimasukkan ke dalam kad nanti(jika kad baru dikeluarkan) Jangan lupa hadir beramai-ramai - iqrakini

Sunday, February 1, 2009

Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Iqra 2009

BATU PAHAT , 11 Jan – Permulaan semester baru di manfaatkan sebaik mungkin oleh Kelab Iqra UTHM untuk mengukuhkan organisasi dan matlamat kelab dalam Mesyuarat Agong Tahunan kali ke -10 yang di langsungkan di Dewan Kuliah 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sahabat Iqra atau ahli yang berdaftar telah di jemput hadir sebagai perwakilan bersama-sama beberapa wakil dari kelab pelajar lain yang hadir sebagai pemerhati di dalam Mesyuarat Agong Tahunan kali ini.

Lebih menarik, perjalanan program pada hari tersesut adalah serentak dengan pelancaran majalah Iqra terbaru yang di beri nama Gen-Q dan di sempurnakan pelancarannya oleh Dr Hussein selaku Pengarah Pusat Islam universiti.

Seterusnya mensyuarat di teruskan dengan peralihan kuasa pimpinan baru dengan saudara Mohd Hadi Abd Rahman dilantik sebagai Presiden Kelab Iqrra sesi 2009 menggantikan Saudara Sar Mohd Imran Abd Rahman.

Kehadiran beberapa Majlis Tertinggi Malis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009 yang baru tertubuh menyerikan lagi majlis. Rombongan MPP yang terdiri daripada Saudara Mohd Hanif bin Adnan selaku Yang Dipertua MPP yang baru, Saudara Fadzil selaku bendahari Agong dan ahli MPP yang lain. Selain itu, tidak ketinggalan , kehadiran wakil kolej kediaman yang dijemput bagi memeriahkan mesyuarat pada hari tersebut.

Di harapkan kehadiran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kepimpinan Kolej Kediaman yang baru dapat membuka lembaran baru dalam bersama-sama mengembleng tenaga dalam menangani masalah yang di hadapi oleh Mahasiswa kini baik dari segi kebajikan mahupun sosial dan seterusnya menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan Kelab Iqra UTHM yang baru.

Majlis berakhir pada jam satu tengahari dengan hadirin dihidangkan dengan sedikit jamuan . Di harapkan dengan permulaan kepimpinan baru Kelab Iqra pada kali ini dapat memberi momentum dalam memacu perubahan mahasiswa yang mempunyai modal insan dari segi akademik mahupun rohani di universiti .-iqrakini


Sekilas Program Baktisiswa Ad-Hock Kelab Iqra di SMT Batu Pahat


BATU PAHAT,10 Jan - Selaras dengan hasrat pihak universiti dalam mempromosikan nama universiti di masyarakat luar, Kelab Iqra telah mengambil peluang mengadakan program baktisiswa bersama pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Program yang bermula seawal 7 pagi di sekolah tersebut telah disertai oleh hampir 47 fasilitator yang terdiri daripada kalangan 35 orang mahasiswa dan selebihnya adalah mahasiswi.

"Everywhere we go, people want to know, who we are and who we are” menjadi pembakar semangat dalam program Kem Bina Insan tersebut. Sejajar dengan objektif program untuk menghasilkan nilai insan mulia yang menuju ke kecemerlangan SPM, modul yang dibentuk dan dijalankan selama hampir 10 jam di sana telah mendapat perhatian pihak pengetua sekolah sendiri.

Alhamdulillah, respon yang diberikan cukup baik dan mengharapkan jalinan terus diadakan bagi program-program yang mendatang. Kehadiran semua pelajar-pelajar UTHM memberi rangsangan kepada semua peserta yang hadir. Di akhir program sesi pertukaran cenderamata diadakan diantara wakil kelab Saudara Mohd Hadi Abd Rahman pengarah program bersama dengan wakil pihak sekolah tersebut. Semoga nama universiti tersemat di hati para peserta untuk menjadi destinasi seterusnya buat mereka .-iqrakini