BATU PAHAT , 11 Jan – Permulaan semester baru di manfaatkan sebaik mungkin oleh Kelab Iqra UTHM untuk mengukuhkan organisasi dan matlamat kelab dalam Mesyuarat Agong Tahunan kali ke -10 yang di langsungkan di Dewan Kuliah 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sahabat Iqra atau ahli yang berdaftar telah di jemput hadir sebagai perwakilan bersama-sama beberapa wakil dari kelab pelajar lain yang hadir sebagai pemerhati di dalam Mesyuarat Agong Tahunan kali ini.
Lebih menarik, perjalanan program pada hari tersesut adalah serentak dengan pelancaran majalah Iqra terbaru yang di beri nama Gen-Q dan di sempurnakan pelancarannya oleh Dr Hussein selaku Pengarah Pusat Islam universiti.
Seterusnya mensyuarat di teruskan dengan peralihan kuasa pimpinan baru dengan saudara Mohd Hadi Abd Rahman dilantik sebagai Presiden Kelab Iqrra sesi 2009 menggantikan Saudara Sar Mohd Imran Abd Rahman.
Kehadiran beberapa Majlis Tertinggi Malis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009 yang baru tertubuh menyerikan lagi majlis. Rombongan MPP yang terdiri daripada Saudara Mohd Hanif bin Adnan selaku Yang Dipertua MPP yang baru, Saudara Fadzil selaku bendahari Agong dan ahli MPP yang lain. Selain itu, tidak ketinggalan , kehadiran wakil kolej kediaman yang dijemput bagi memeriahkan mesyuarat pada hari tersebut.
Di harapkan kehadiran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kepimpinan Kolej Kediaman yang baru dapat membuka lembaran baru dalam bersama-sama mengembleng tenaga dalam menangani masalah yang di hadapi oleh Mahasiswa kini baik dari segi kebajikan mahupun sosial dan seterusnya menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan Kelab Iqra UTHM yang baru.
Majlis berakhir pada jam satu tengahari dengan hadirin dihidangkan dengan sedikit jamuan . Di harapkan dengan permulaan kepimpinan baru Kelab Iqra pada kali ini dapat memberi momentum dalam memacu perubahan mahasiswa yang mempunyai modal insan dari segi akademik mahupun rohani di universiti .-iqrakini