Sunday, February 1, 2009

Sekilas Program Baktisiswa Ad-Hock Kelab Iqra di SMT Batu Pahat


BATU PAHAT,10 Jan - Selaras dengan hasrat pihak universiti dalam mempromosikan nama universiti di masyarakat luar, Kelab Iqra telah mengambil peluang mengadakan program baktisiswa bersama pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Program yang bermula seawal 7 pagi di sekolah tersebut telah disertai oleh hampir 47 fasilitator yang terdiri daripada kalangan 35 orang mahasiswa dan selebihnya adalah mahasiswi.

"Everywhere we go, people want to know, who we are and who we are” menjadi pembakar semangat dalam program Kem Bina Insan tersebut. Sejajar dengan objektif program untuk menghasilkan nilai insan mulia yang menuju ke kecemerlangan SPM, modul yang dibentuk dan dijalankan selama hampir 10 jam di sana telah mendapat perhatian pihak pengetua sekolah sendiri.

Alhamdulillah, respon yang diberikan cukup baik dan mengharapkan jalinan terus diadakan bagi program-program yang mendatang. Kehadiran semua pelajar-pelajar UTHM memberi rangsangan kepada semua peserta yang hadir. Di akhir program sesi pertukaran cenderamata diadakan diantara wakil kelab Saudara Mohd Hadi Abd Rahman pengarah program bersama dengan wakil pihak sekolah tersebut. Semoga nama universiti tersemat di hati para peserta untuk menjadi destinasi seterusnya buat mereka .-iqrakini