sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
Isnin , 23/02/2009 - Hasan al Banna merupakan seorang tokoh umat Islam yang menghidupkan isu Palestin. Beliau berjaya menjadikan Palestin sebagai isu utama umat Islam. Ini merupakan salah satu pendapat yang dilontarkan dalam seminar yang diadakan di Pusat Kajuan dan Penelitian Palestin di Gaza. Tema seminar ialah “60 tahun Syahidnya Imam Hasan al Banna”. Acara ini dihadiri para ulama dan pemimpin lembaga dan organisasi Islam dan nasional serta para pemikir Islam.
Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestina. Al Hindi mengatakan, “Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam. Beliau turut menyatakan, al Banna turut menerajui demonstrasi di Mesir dengan slogan dan seruan “Palestin adalah Arab dan Islam”. Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.