Pelakon Spa Q 2 mendakwa hubungan mesra seperti adik beradik
www.bharian.com.my
Pasangan artis berkenaan adalah pelakon Spa Q musim kedua (Spa Q 2) yang ketika ini masih disiarkan di TV3. Hubungan mesra mereka menjadi bualan hangat di kalangan media dan peminat apabila beberapa keping foto seksi Azizah berposing manja dengan Zaefrul terlepas ke internet, sekali gus menjadi tatapan umum tanpa perlu membayar walau sesen pun!
Lebih menghangatkan cerita, Azizah adalah seorang ibu tunggal yang berusia 45 tahun, tapi pasangannya pula, Zaefrul suami orang! Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Azizah dilihat mengenakan pakaian seksi dalam Spa Q 2 apabila ada dakwaan mengatakan imej seperti itu tidak lagi bersesuaian dengan usianya.
Pun begitu, temu bual Azizah dengan sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan kumpulan Berita Harian Sdn Bhd) terbitan 15 Februari lalu, dia mengakui berpakaian begitu sekadar mengikut kehendak produksi dan imej seksi itu hanya ditampilkan dalam lakonan saja, tetapi tidak ketika berada di luar lokasi penggambaran. Bagi Zubir, Azizah bersikap profesional, dia sekadar mengikut kehendak skrip dan jalan cerita drama bersiri popular itu.
Tapi, nampaknya cakap tak serupa bikin apabila gambar-gambar yang tersebar di internet itu, Azizah muncul dengan imej seksi, itu bukan di dalam Spa Q 2! Menerusi temu bual dalam akhbar sama, Azizah mengakui hubungannya dengan Zaefrul umpama keluarga dan mereka sudah mengenali sejak kecil lagi, sekali gus beranggapan pemuda berkenaan seperti adiknya. Azizah juga mengakui rapat dengan isteri Zaefrul.
Melihat pada gambar kontroversi pelakon utamanya yang di dedahkan di akhbar dan internet, pengerusi lajnah Sukan dan kesenian Islam Kelab Iqra beranggapan haramkan sahaja tayangan siri drama tersebut. Kita tidak dapat menafikan bahawa golongan artis merupakan mereka yang dekat dengan masyarakat dan hampir setiap pergerakan mereka akan di ketahui oleh masyarakat. kadang-kadang mereka juga boleh mempengaruhi moral atau tinkahlaku masyarakat. Jika seseorang itu membawa pengaruh yang tidak baik, kenapa masih lagi di beri peluang kepadanya menjadi ikon masyarakat?
Adakah dengan menganggap seseorang itu sebagai "kakak" maka segala batasan sebagai seorang muhrim akan terbatal begitu sahaja ? Saya tidak boleh menerima alasan tersebut dan seolah- olah pelakon tersebut mempersendakan agama. Justeru langkah mengharamkan sahaja drama yang di lakonkan oleh pelakon tersebut adalah wajar dalam memberi peringatan kepadanya. Jika artis tersebut rendah moralnya, ia tidak sepatutnya di beri ruang dalam mesyarakat. Pihak yang berwajib harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan atas perkara ini.
Sunday, February 22, 2009
Haramkan sahaja drama popular Spa Q 2
4:24 PM