Tuesday, February 24, 2009

JKPTA Buka Peluang Kepada Timbalan Presiden KI Untuk Bersama Tabur Bakti

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam, JawatanKuasa Pelajar Tanpa Asrama UTHM, kerana sudi menjemput saya bagi bersama-sama menabur bakti dalam Program Semanis Senyuman baru-baru ini. Juga ucapan tahniah daripada saya kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Semoga Allah memberkati usaha yang telah dilakukan…”


Saudara Muhd Muhaimin Bin Zakaria selaku Timbalan Pengerusi 2 Kelab, memberitahu baru-baru ini telah memenuhi satu jemputan daripada JawatanKuasa Pelajar Tanpa Asrama (JKPTA) bagi bersama-sama turun padang menabur bakti kepada anak-anak yatim dan miskin pada 20 hingga 22 Febuari 2009 yang lalu. Jemputan tersebut adalah bagi membolehkan beliau memberi pengisian berbentuk kerohanian kepada anak-anak yatim dan miskin dalam Program Semanis Senyuman. Disamping itu, beliau memberitahu turut diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator bagi mengendalikan slot Laihan Dinamika Kumpulan(LDK). Program tersebut telah berlangsung di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi Perak.


Pusat jagaan tersebut sebenarnya hanya dihuni oleh 29 orang anak yatim dan miskin yang berumur lingkungan 6 hingga 17 tahun. Saya amat kagum dan berbangga kerana pusat jagaan tersebut diuruskan secara persendirian oleh En Khairul Anuar yang kebetulan juga berasal dari Terengganu. Turut menjadikan saya terharu adalah kerana terdapat lagi kakitangan yang turut bersama-sama membantunya iaitu 2 orang fellow, seorang ustaz dan ustazah dan yang lain sanggup bekerja sepenuh masa di tempat tersebut walaupun mungkin hanya dibayar dengan gaji yang kecil memandangkan pusat tersebut adalah milik persendirian.”


Menurut saudara Muhaimin, sewaktu di pusat jagaan tersebut, beliau telah diamanahkan untuk mengendalikan satu slot pengisian iaitu ceramah bagi melengkapkan tentatif program. Kesempatan yang ada digunakan oleh beliau dengan membuat pembentangan persembahan slide kepada para peserta yang mana difahamkan pembentangan tersebut menyentuh berkaitan asas-asas dan nilai-nilai di dalam Islam. Ianya adalah bertujuan bagi menanam perasaan cintakan Islam dikalangan anak-anak yatim tersebut.


Melihat kepada keadaan dan penglibatan peserta sewaktu program berlangsung, beliau merasakan usaha mendekati golongan-golongan sebegini sebenarnya perlu lebih digiatkan lagi oleh pelbagai pihak khususnya mahasiswa/i termasuk persatuan-persatuan pelajar yang ketandusan idea untuk mengadakan aktiviti kebajikan. Disamping mengadakan program, persatuan-persatuan ini sebenarnya boleh mencari tajaan daripada mana-mana syarikat bagi disalurkan terus kepada pusat-pusat jagaan yang dilawati.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua beliau dijemput menyertai program sebegini iaitu kali pertama sewaktu bersama Jawatankuasa Desasiswa Taman Melewar atau sekarang dikenali sebagai Jawatankuasa Kolej Kediaman Melewar pada 2 tahun yang lepas.


“Sepanjang pengalaman penglibatan saya sebanyak dua kali dalam program sebegini, sebenarnya sudah cukup memberi gambaran bahawa perlunya kita menjadikan Pusat Jagaan sebegini sebagai tempat membuat kebajikan. Tidak kiralah sama ada dari segi motivasi kepada pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan, sumbangan berbentuk kewangan, keperluan harian atau sebagainya. Kesempatan ini, saya menyeru kepada semua pihak yang mempunyai kesedaran, bolehlah berusaha membantu dan mendekati golongan mereka ini. Yakinlah, golongan yang dibela nasibnya ini sebenarnya membuka ruang kepada kita untuk mendapat Rahmat daripada Allah jika kita terus menerus kasih kepada mereka,”-iqrakini

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin tersebut, bolehlah mengirimkan wang terus ke akaun seperti dibawah :

Nama Akaun : PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN

Bank : Maybank

Nombor Akaun : 5082 2521 5570

Boleh melawat laman ini : www.nuruliman.org.my


Dan juga Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin yang lain di seluruh Malaysia.

“Moga Allah Merahmati dan Memberkati usaha Kalian”