GOMBAK, 16 Feb- Perjalanan selama 6 jam menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mencoret satu sejarah buat Kelab Iqra apabila berjaya menjalinkan kerjasama antara Islamic Club disana atau lebih dikenali sebagai Ma'ruf Club. Delegasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang seramai 80 orang selamat tiba di perkarangan Masjid UIA pada pukul 5 pagi dengan disambut baik oleh wakil-wakil dari Ma'ruf Club(MC). Program dimulakan dengan qiamullail dan disusuli oleh pengisian dari wakil MC iaitu saudara Hafizzudin.
Program bersama Ma'ruf Club dianjurkan oleh Lujnah Sukan dan Kesenian Islam bermatlamatkan perkongsian pengalaman dan ilmu berkaitan dengan bagaimana sebuah badan pelajar Islam dapat memainkan peranannya di kampus. Pengarah program, Saudari Nurul Zahidah binti Abd Hamid
berharap "Semoga bermusafiran Kelab Iqra ke sini(UIA) akan membuahkan hasil yang memberikan satu impak perubahan Kelab Iqra' sendiri dalam menerajui kampus ke suasana lebih kondusif dari segi rohaniahnya".Melalui program ini secara tidak langsung memberikan pengenalan awal UTHM amnya dan Kelab Iqra' khususnya kepada Ma'ruf Club sendiri supaya mereka mengetahui bahawa UTHM juga mempunyai badan pelajar Islam yang tidak ketinggalan dalam membantu universiti merealisasikan misi universiti sendiri. Program berbentuk ukhwah menjadi tirai permulaan program pada hari tersebut apabila semua peserta dari KI UTHM terlibat dengan Open Day Ma'ruf Club yang dilangsungkan di Female Sport Centre. Pelbagai acara diatur dalam Open Day tersebut hinggalah modul-modul yang dijalankan membawa kepada situasi-situasi melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar sebagaimana menjadi tema Ma'ruf Club sendiri. Selain dari Open Day yang diadakan, Kelab Iqra' sendiri sempat bersama Ma'ruf Club dalam sesi perbincangan dan bertukar pengalaman pada sebelah petangnya. Menariknya sesi kedua ini ialah, semua delegasi yang terlibat menempuh satu pengalaman baru iaitu public speaking secara spontan. Public speaking diadakan berikutan kehadiran pelajar antarabangsa dalam delegasi Kelab Iqra' sendiri.
Program yang bermula seawal 5.00 pagi berakhir pada pukul 6.30 petang dengan sesi penukaran cenderahati dari kedua-dua pihak..
Tahniah di ucapkan kepada Kelab Iqra' dan Ma'ruf Club..
Ukhwah fillah abadan abada... - Iqrakini
Monday, February 16, 2009
Kelab Iqra Vs Ma'ruf Club in Ukhwahfillah..
4:12 AM
Program