Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Saturday, December 31, 2011

Manfaatkan Waktu Anda

Manfaatkan Waktu Anda

“Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana ia peroleh dan kemana ia habiskan dan badannya untuk apa ia gunakan” (HR. Tirmidzi dan Ad Darimi)

Kita seringkali memerhati perjalanan waktu melalui jarum jam atau pergerakan matahari. Namun, tidak sedikit di antara kita yang tidak melihat diri sendiri dalam menempuh waktu yang terus berlalu.

Seandainya mahu dilihat, maka akan nampak ruang waktu yang tidak terisi dengan baik, baik dalam waktu satu hari atau waktu seumur hidup. Dalam waktu yang terisi pun masih ada kemungkinan rugi, apalagi dalam kekosongan waktu yang tidak terisi. Jelas amat rugi, bila direnungkan oleh manusia yang berfikir. Dalam waktu yang terisi pun, boleh jadi tidak cukup atau kurang baik.

Ibadah sholat yang dilakukan oleh seseorang hamba, kadangkala kualitinya jauh dari syarat-syarat sahnya. Demikian juga puasa, haji, dan amalan lainnya. Ini jelas suatu kerugian, kerana kesempatan untuk berbuat yang terbaik, terisi dengan yang kurang atau dengan yang sia-sia.

Lebih dahsyat lagi ruginya bagi hamba-hamba Allah yang waktunya banyak kosong dan bahkan terisi dengan kejahatan. Diisi atau tidak, waktu akan terus berlalu dan tidak akan pernah terulang.

Bila waktu tidak terisi, maka kesempatan berbuat baik, yang sebenarnya akan kembali kepada diri sendiri, akan terbuang begitu saja. Namun yang harus diingatkan pada diri sendiri, meskipun waktu tidak diisi atau dibiarkan kosong,

pertanggungjawabannya tetap akan diminta suatu ketika nanti. Kerana itu, sempatkanlah untuk senantiasa berdoa kepada Allah, agar mampu memanfaatkan waktu dengan kebaikan.
 

Tuesday, December 20, 2011

BANTAHAN TERHADAP EKSPLOITASI GAMBAR PENGERUSI HELWANI KELAB IQRA UTHM DI DALAM LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK



Assalamualaikum wbt....

       Memang tidak dinafikan lagi bahawa media utama mahasiswa dalam menyampaikan maklumat,berkomunikasi dan berhibur di zaman penuh IT ini adalah menggunakan laman web social (Facebook). Namun sedar ataupun tidak kita kadang-kadang terpedaya dengan keseronokan berfacebook tanpa mengedahkan hak asasi peribadi seseorang dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan tertentu. Bolehkah begitu?? “ Tepuklah dada,tanyalah iman anda”
      Persoalannya, adakah boleh menggunakan gambar seseorang untuk diekploitasikan untuk kepentingan diri atau sesebuah organisasi?? Apakah hak anda (Mahasiswi Uthm) mengekploitasikan gambar Pengerusi Helwani Kelab Iqra’ saudari Wan Amanina Wan Ariffin? Adakah ini untuk tujuan berpolitik? Inikah yang dikatakan cara berpolitik yang betul? Sebagai mahasiswa yang menanam cita-cita yang tinggi dan akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang perlulah dididik bermula sekarang dengan cara berpolitik atau mentadbir sesebuah organisasi dengan berpandukan syariat Allah bagi mahasiswa muslim sejati tanpa menjatuhkan karakter seseorang individu demi kepentingan diri. Jadilah mahasiswa dan mahasiswi yang bermaruah dan mempunyai integrasi yang mendalam supaya dihormati oleh masyarakat.
        Saranan saya, jadikanlah  laman web social Facebook sebagai wahdah atau organisasi untuk memajukan diri, orang lain dan sesebuah organisasi yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik di mata masyarakat bukan untuk merosakkan dan memfitnah seseorang demi mendapat nama di dalam masyarakat kampus UTHM khususnya. Maka, saya berharap pihak yang melakukan perbuatan yang tidak dianggap  sebagai status golongan intelek dan nilai-nilai akhlak tersebut agar mengalihkan atau memadamkan gambar Pengerusi Helwani Kelab Iqra’ UTHM.

Firman Allah SWT “   Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang  disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram” untuk mengadakan kebohongan terhadap ALLAH. Sesungguhnya orang yang mengada-gadakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung”[surah an-Nahl ayat 116)


MUHAMMAD ZULKIFLI BIN CHE LAH
PRESIDEN  KELAB IQRA’ 2011

Tuesday, December 13, 2011

Menyumbang atau Menjatuhkan ?







http://www.youtube.com/watch?v=4CbiZJDMWlI&feature=youtu.be
http://youtu.be/4CbiZJDMWlI

Semoga kita adalah dikalangan yang membantu memberi sumbangan untuk menyelamatkan bumi Palestin tetapi bukan menyumbang untuk menjatuhkan negara tersebut.

Menjadikan diri seorang yang ambil tahu mengenai isu semasa sangatlah perlu kerana ada yang secara sedar atau tidak sedar kita sedang menghancurkan negara Palestina.
Budaya - budaya barat yang telah masuk ke dalam masyarakat muslim seperti hedonisme, jahiliyah, kapatalisme, sekularisme yang mana sebenarnya sedikit-sebanyak melemahkan perpaduan antara umat Islam kerana itulah rencana pihak-pihak yang ingin melihat kejatuhan Islam.

                                      BEBASKAN    PALESTINA

Aku pandang langit merah disana
Bumi Islamku yang tengah terluka
aku berdo'a disetiap pintaku
Allah lindungilah Palestinaku

Engkau yang berjuang dengan harta jiwa
Syahid yang kau junjung menjadi cita
Ku disini menangis panjatkan do'a
Allah janji Palestina kan merdeka

Bumi yang kucinta
Qiblat kami pertama
kami jaga, kami cinta dengan harta jiwa raga

Allah lindungilah
Mujahid yang mulia
niatkanku turut serta
Bebaskan Palestinaku...
Bebaskan Palestinaku...


Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Wednesday, November 23, 2011

Ahlan Ya Muharam

Assalamualaikum sahabat-sahabat mahasiswa dan mahasiswi UTHM yang disayangi dan dikasihi kerana Allah sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat sentiasa di dalam nikmat dan hidayahNya. Insya Allah, pada kali ni kita akan berkongsi sedikit ilmu berkenaan tahun baru Islam iaitu pada 1 Muharram yang juga seringkali disebut sebagai Maal Hijrah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari dan tarikh yang sepatutnya tidak asing lagi bagi seluruh umat Islam. Pada hari ini, terdapatnya satu peristiwa yang sangat penting dalam agama Allah ini iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Peristiwa ini berlaku pada tahun pertama Hijrah iaitu pada tahun 622 Masihi yang juga dikenali sebagai 1 Muharram. Tarikh ini digunapakai sebagai hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Jika kita lihat bulan Muharram itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Muharram merupakan salah satu daripada 12 bulan-bulan Islam yang mana tidak diubah namanya sejak dari zaman sebelum kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Muharram bermaksud "sesuatu yang diharamkan", iaitu dalam konteks ini Allah s.w.t telah mengharamkan peperangan dan pertumpahan darah yang seringkali berlaku pada zaman sebelum kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Namun, setelah peristiwa pembukaan semula kota Mekah, peperangan dan pertumpahan darah telah ditamatkan dan seluruh umat manusia ketika itu hidup dalam keadaan yang harmoni.

Mengapa 1 Muharram dijadikan sebagai titiktolak tarikh dalam takwim Islam? Pengambilan ini berlaku pada ketika zaman pemerintahan Saiyyidina Umar al-Khattab r.a. Pada ketika itu, Amirul Mukminin merasakan perlunya ada satu tarikh yang boleh dijadikan rujukan dalam urusan surat-menyurat kerana amat sukar bagi Amirul Mukminin membalas surat yang tidak diketahui tarikhnya. Lalu Amirul Mukminin mengambil tarikh hari pertama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Semenjak dari itu, tarikh 1 Muharram digunapakai sebagai tahun baru dalam Takwim Islam.

Insya Allah, pada 27 November 2011 ini kita akan menyambut 1 Muharram 1433H. Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini kita akan dapat mempertingkatkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah, Tuhan Yang Menciptakan sekalian makhluk, amin...







Monday, November 7, 2011

Perutusan Aidiladha Presiden Kelab Iqra' UTHM

Saturday, November 5, 2011

PENGORBANAN - Bersediakah kita semua?


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ,(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui" (QS. As-Saff, 61: 10-11)


Sebelum merasai nikmat kesenangan , kejayaan , kegembiraan pastinya pelbagai bentuk pengorbanan yang akan dilalui dan adakah kita bersedia atau redho dengan pengorbanan yang akan dilalui. Selami kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar yang memaparkan kepada kita bahawa untuk mendapatkan keredhoan Allah s.w.t pengorbanan yang pasti kita lalui dengan mengikut suruhan dariNya. Ketiga-tiga watak yang begitu taat kepada Allah s.w.t sanggup melakukan pengorbanan tenaga, harta dan nyawa demi mendapatkan nikmat syurga. Hebatnya pengorbanan mereka Siti Hajar yang rela ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim a.s di tempat yg terpencil bersama Nabi Ismail a.s , Nabi Ibrahim mengikut suruhan dari Allah s.w.t untuk meninggalkan keluarganya dan dugaan paling berat ialah melakukan penyembelihan terhdap anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s. Pengorbanan yang mereka lakukan , dijanjikan oleh Allah s.w.t pelbagai nikmat kesenangan kepada mereka sekeluarga.


Marilah kita sama-sama menjadikan iktibar disebalik kisah-kisah pengorbanan yang dilakukan oleh para anbiya yang mana kalau dilihat sekarang pengorbanan yang kita lakukan tidaklah sebesar mereka semua. Jadi bersedialah untuk berkorban walau apa jua ujian yang datang kepada kita. Yakinlah bahawa Allah s.w.t menjanjikan yang terbaik untuk kita semua.

Friday, October 7, 2011

Internetism


Tidak dinafikan bahawa internet amat bermanfaat pada zaman yang serba moden ini. Segala aktiviti bermula dari aktiviti santai sehinggalah ke urusan pejabat boleh dilakukan dengan mudah dan senang dengan adanya internet. Malah, sesi perbincangan juga boleh dilakukan tanpa sebarang masalah dengan menggunakan Skype, Yahoo Messenger, Facebook, dan berbagai-bagai lagi medium yang lain.

Walaupun diakui bahawa internet ini memudahkan kehidupan kepada manusia pada zaman sekarang, namun ianya tetap mempunyai banyak keburukan. Antara keburukan yang jelas kita boleh lihat adalah tersebarnya media-media lucah atau pornografi di merata-rata tempat. Selain itu, kita pernah diberitakan bahawa ada pasangan yang bercerai hanya dengan menggunakan laman sosial di internet. Fitnah juga sangat senang berleluasa dalam medium yang serba senang ini.

Di dalam banyak-banyak keburukan rentetan daripada internet ini, masih ada lagi kebaikan yang sangat berguna kepada manusia, khususnya dalam bab menyebarkan ajaran Islam yang mulia ini. Kita boleh lihat dengan jelas pada ketika ini, banyak blog ustaz-ustaz yang terkenal boleh kita baca bila-bila masa sahaja. Malah, ada yang memuatnaik koleksi kuliah seperti Ustaz Azhar Idrus.

Medium yang paling baik bagi menyebarkan dakwah Islamiyah seperti ini ada blogger. Malah, pendekatan dakwah melalui Facebook juga tidak dinafikan keberkesanannya. Hal ini kerana, ramai manusia pada masa kini mempunyai akaun Facebook sendiri. Justeru, sesiapa sahaja akan melihat ayat-ayat dakwah di dalam Facebook tanpa apa-apa halangan dan bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Namun, tetap juga diperingatkan semula kepada aktivis dakwah maya agar berhati-hati dalam menggunakan medium maya untuk berdakwah supaya tidak lalai dan leka sehingga mengabaikan tanggungjawab kita terhadap hal-hal agama lain. Kita hanya sekadar membawa masyarakat ke arah kebaikan, tetapi hidayah itu tetap milik Allah. Jangan kerana ingin berdakwah, kita leka sehingga melewatkan waktu solat, nauzubillah.

Wallahualam.

Disediakan oleh
Lajnah Penerbitan, Informasi dan Multimedia
Kelab Iqra' UTHM

Thursday, October 6, 2011

Risalah Jumaat Kali Ini



Sila klik untuk besarkan imej. Jazakallah :)

Aduh Hawa


"...dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang terbiasa terlihat (tapak tangan dan wajah). Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).."

Ayat di atas diambil daripad petikan surah an-Nur ayat 31 yang menjelaskan mengenai tuntutan meuntup aurat terutamanya kepada kaum hawa. Allah s.w.t telah menekankan supaya kaum Hawa menutup aurat mereka sebanyak 2 kali dalam ayat di atas dan melabuhkan kerudung ke dada supaya terlindung bentuk tubuh badan mereka.

Namun, apa yang menyedihkan pada hari ini adalah ramai kaum Hawa seakan-akan tidak mahu menerima tuntutan yang langsungnya dari pencipta kita. Ramai yang mengatakan bahawa mereka yang bertudung labuh juga melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Malah, ada juga yang mengatakan "biarlah tidak mengenakan tudung asalkan hati baik, bukankah Allah tidak melihat rupa tetapi hati?"

Pandai sungguh golongan sebegini berkata-kata jika bab ini ditujukan kepada mereka. Masakan tidak! Ada yang mengenakan tudung tetapi berpakaian ketat, dari atas sehinggalah sampai ke bawah. Hal sebegini amat memalukan. 

Sebaiknya, gunalah pakaian yang labuh dan longgar kerana ianya lebih sejuk dan selesa mata memandang.

Ada yang mengatakan bahawa menutup aurat ini kuno, ketinggalan zaman, tidak selari dengan arus kemodenan dan sebagainya. Siapa kata dengan menutup aurat kaum Hawa tidak boleh berfesyen dan mengikut arus kemodenan. Sudah pasti boleh tetapi dengan syarat bahawa fesyen tersebut tidak melanggar etika berpakaian yang dilandaskan syariat seperti tidak berpakaian ketat, jarang, nipis dan pendek.

Mereka yang mengenakan tudung tetapi memakai pakaian yang seperti disebut di atas diaktegorikan seperti "berpakaian tetapi berbogel". Mungkin agak kasar bahasa yang digunakan, tetapi ianya sudah cukup jelas dan nyata untuk menerangkan mengapa perlu menutup aurat dengan sempurna.

Allah s.w.t TIDAK menyuruh kaum Hawa untuk mengenakan tudung di kepala mereka, akan tetapi menutup kain kerudung sehingga ke dada. Kain kerudung yang dimaksudkan adalah apa-apa sahaja yang boleh menghalang pandangan yang bukan mahram daripada melihat aurat. Jadi, gunalah apa-apa sahaja sama ada selimut, cadar mahupun langsir untuk menutup aurat anda.

Sebenarnya, Islam bukan menyuruh untuk bertudung. Tetapi Islam menyuruh kaum Hawa untuk menutup aurat mereka. Terdapat perbezaan yang besar antara bertudung dan menutup aurat. Bertudung hanya bertudung tetapi aspek pemakaian lain diabaikan, ataupun bertudung tidak memenuhi syarat. Tetapi menutup aurat ini merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan diri dan pemakaian kaum Hawa bukan sekadar tudung, malah baju, seluar, perhiasan dan solekan turut diambil kira.

Mungkin ada yang terasa hati apabila membaca ayat-ayat seperti di atas, tetapi ianya untuk tujuan kebaikan bersama. Mengapa perlu marah, geram dan benci akan ayat di atas sekiranya ianya disusuli dengan firman Allah yang Maha Esa. Sekiranya di hati kita terselit satu perasaan tidak selesa dengan kenyataan di atas, maka kita secara tidak langsungnya tidak selesa dengan syariatNya. Jangan kerana kepentingan kita, syariat Islam diketepikan, nauzubillah.

Mengapa perlu menutup aurat? Cubalah anda (kaum Hawa) menutup aurat dengan sempurna selama beberapa hari, anda akan merasa satu perasaan yang berbeza dengan sebelumnya, insya Allah.

Sekadar renungan dan peringatan bersama, insya Allah. Renung-renungkan dan sampaikan.

Disediakan oleh,
Lajnah Sukan dan Kebudayaan Islam,
Kelab Iqra' UTHM.

Friday, September 16, 2011

Kuliah Pembangunan Integriti Islam [KP2I]

Alhamdulillah pada hari Khamis, 15 September 2011 bersamaan dengan 17 Syawal 1432H yang lepas telah diadakan satu Kuliah Pembangunan Integriti Islam [KP2I] yang bertajuk "The Way I Live In My Life" yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Dr. Ann Wan Seng, seorang penganut Islam yang berbangsa Cina.

Sambutan yang diterima pada malam tersebut menjangkau anggaran sebenar menyebabkan tempat program terpaksa ditukar daripada Dewan Teater 1 kepada Masjid UTHM.

Pengisian yang telah disampaikan oleh Dr. Ann Wan Seng secara kasarnya berkisar tentang pengalaman beliau semasa beliau menukar agama asalnya kepada agama Islam. Selain itu, beliau turut menceritakan pengalaman beliau dalam menulis sebuah buku mengenai black metal yang telah dikaji oleh beliau selama hampir 5 tahun.

Pihak Kelab Iqra' UTHM dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sudi hadir memeriahkan KP2I pada malam tersebut. Tidak lupa juga jutaan kemaafan dipohon atas segala kekurangan yang ada pada malam tersebut.  

Pendaftaran Kursus Kahwin


Pendaftaran Kursus Kahwin kini dibuka kepad semua warga UTHM yang berkeinginan untuk mendapatkan sijil kursus kahwin. Bertempat di ruang legar Pusat Niaga Siswa UTHM, berhadapan dengan Dewan Kuliah 2, seluruh warga UTHM kini boleh mendapatkan borang untuk menyertai kursus kahwin anjuran Pusat Islam UTHM dengan kerjasama Kelab Iqra' UTHM.
Kursus kahwin akan diadakan pada 23-24 Oktober 2011. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100, termasuk makanan dan beberapa keperluan lain.

Seluruh warga UTHM dijemput untuk hadir!!
Cepat! Tempat terhad! 

 Sebarang pertanya sila rujuk:
Mohd Rosmizi Ramli : 0137355560
Siti Jamilah : 0137373742 

Friday, September 9, 2011

Puasa Enam di Bulan Syawal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Tanpa disedari, kita telah memasuki 11 Syawal pada tahun ini. Kami pasti semua warga UTHM kini meneruskan rutin harian masing-masing. Ada yang memulakan kerja sebagai pendidik di UTHM, ada yang bersiap-siap untuk pulang ke kampus, malah ada juga yang baru menjejakkan kaki ke kampus UTHM. Walaubagaimanapun, semuanya hendaklah dilakukan seikhlas hati.

Pada masa ini juga, sudah pastinya ada di kalangan warga UTHM yang telah memulakan puasa enam di bulan Syawal yang penuh mulia ini. Tidak kurangnya juga ada rumah-rumah yang bertungkus-lumus membuat rumah terbuka sama ada secara berkumpulan ataupun secara persendirian.

Puasa enam di bulan Syawal ini mempunyai banyak kebaikannya. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang telah diriwayatkan oleh Muslim yang kira-kira bermaksud: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun". Subhanallah, sangatlah berharga dan bernilainya puasa enam di bulan Syawal ini meskipun ianya sekadar puasa sunat.Puasa enam di bulan Syawal ini juga mampu menampung puasa wajib di bulan Ramadhan.

Persoalan yang mungkin timbul yang berkaitan dengan puasa enam ini mungkin berkenaan dengan niat puasa enam dan puasa qadha'. Yang mana satu menjadi keutamaan? Sebenarnya, dibolehkan untuk berniat puasa serentak iaitu puasa enam dan qadha' sekali. Hal ini demikian kerana, isteri Rasulullah s.a.w iaitu Aisyah r.a telah menggantikan puasanya pada bulan Syawal yang disertakan dengan niat puasa sunat. Jadi, adalah dibolehkan untuk berpuasa serentak.

Oleh itu, kepada kawan-kawan dan juga seluruh warga UTHM sekalian marilah kita sama-sama mencari ruang dan peluang dalam mendapatkan kesempatan untuk 'melengkapkan' puasa Ramadhan kita dengan berpuasa enam di bulan Syawal yang mulia ini.

Kepada kawan-kawan yang belum lagi mendapat 'jemputan' ke rumah terbuka, apakata kita sama-sama enam sementara menunggu 'jemputan' itu tiba.:-)

Sekian, wallahualam.

Wednesday, September 7, 2011

Ucapan Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru

Bismillahir rahmanir rahim,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi serta isinya. Juga, segala puji dan syukur ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada seluruh alam tanpa ada perbezaan di antara makhluk. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, serta muslimin dan muslimat yang telah memperjuangkan Islam dari dulu sehingga sekarang.

Pada hari ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi kemasukan baru bagi sesi 2011/2012. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya hadir dan melaporkan diri pada hari ini.

Mahasiswa Mahasiswi sekalian,

Monday, August 29, 2011

Perutusan Pengerusi Kelab Sempena Aidilfitri



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
    Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberikan kita peluang untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang nanti dengan penuh bermakna. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi SAW yang tercinta, para keluarga dan sahabat yang telah sama-sama berjuang untuk menegakkan Islam nan suci ini.

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,
  Di saat kegembiraan dan keriangan berhari raya janganlah pula kita terlupa tentang nasib mereka yang kurang berkemampuan. Anak-anak dan isteri yang telah kehilangan bapa dan suami tempat bergantung harapan, orang-orang tua di sekeliling kita yang tidak mempunyai sesiapa dalam hidup mereka. Bahkan hanya menagih simpati masyarakat dan jiran. Hulurkan bantuan seadanya kepada mereka sebagai tanda bahawa mereka tidak pernah dipinggirkan dalam suasana ceria ini.

Thursday, August 18, 2011

IHYA' RAMADHAN bersama Kelab Iqra'




Jom ramai-ramai...

Salam Ramadhan 1432H

Tuesday, August 16, 2011

17 Ramadhan dalam Sirah


Salam Ramadhan 1432H, alhamdunillah kita sudah sampai fasa kedua Ramadahan, iaitu fasa keampunan. Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

Antara tiga peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan ialah :

1. Peperangan Badar

Perang Badar ialah perang pertama di dalam Islam. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil. Berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan, tahun kedua Hijrah. Hal ini oleh Dr. Said Ramadhan al-Boutie dalam kitabnya Feqh al-Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakan di dalam al-Rahiq al-Makhtum pada halaman 249. Dr. Wahbah al-Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al-Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

2. Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah)

Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan Islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini yang enyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. peristiwa ini telah digambarkan dengan sempurna di dalam surah al-Fath ayat 1: ( sesungguhnya kami telah membuka kepada kamu pembukaan yang benar ) 
Berlaku pada hari Selasa, bersamaan 17 Ramadhan tahun 8 Hijrah, Rasulullah dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan samapai di Kadid, di antara I'sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.

3. Nuzul al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.







 “Bulan   Ramadhan,   bulan   yang   di   dalamnya   diturunkan   (permulaan)   Al-Quran   sebagai   petunjuk   bagi   manusia 
dan   penjelasan   mengenai   petunjuk   itu   serta   pembeza   (antara   yang   haq   dan   yang   bathil)” [TMQ   al-Baqarah 
(2):185]. 










Smart Student Equal To Smart Personality



  Alhamdunillah program KP2I (Kuliah Pembangunan Integriti Islam ) telah berjaya di laksankan baru-baru ini pada 13 Ogos 2011. KP2I kali ini membincangkan mengenai akhlak, yang mana akhlak al-islamiyah bermakna akhlak faasidah. Sebagai orang Islam kita tidak boleh malu dengan islam kerana ia akan mengugat akidah kita sendiri,

"Akhlak ialah sifat yang tertanam dalm jiwa yang daripadanya timbulahperbuatan -perbuatan yang tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu"(imam Ghazali)

Menjaga akhlak juga bermaksud kita perlu menjaga pandangan mata bagi lelaki dan perempuan. Bila lelaki yang memandang perempuan syaitan yang ada pada lelaki ialah mata, hati dan kemaluan, sebaliknya apabila perempuan yang memandang lelaki pula, syaitan yang ada adalah mata, kelembutan dan kesopanan.


                                 Pendaftaran peserta , Ustaz Mohd Najib Khasim dan AJK pelaksana

 Ucapan pembuka bicara dari Dr. Shukri Bin Mustafa, Ketua Pejabat Hubungan Industri & Masyarakat
                                                              penyampaian dari Ustaz Najib
             
Peserta muslimin yang khusyuk mendengar
                                                   Bertanyakan soalan kepada penceramah

  Semoga input yang diperolehi dalam program dapat diamalkan dan boleh dikongsikan juga dengan kawan, keluarga dan masyrakat. Jikalau melihat situasi sekarang yang penuh dengan masalah lebih-lebih lagi dari sudut sosial. Oleh yang demikian, akhlak islamiyah semestinya boleh menyelesaikan masalah ini dan menjadi pencorak yang terbaik pada masa hadapan.
Terima kasih kepada yang sudi hadir dan semoga berjumoa lagi pada kp2i akan datang, InsyaAllah.

Salam Ramadhan 1432H...

Monday, August 1, 2011

PERUTUSAN RAMADAN 1432H OLEH PENGERUSI KELAB IQRA'



Assalamualaikum wbt..
  Salam perpaduan dan salam 1 ummah

     Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana  dengan limpah kurniaan rahmat  dan kasih sayang-NYA, kita masih lagi diberi peluang bertemu dan menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak dengan menunaikan kewajipan berpuasa sebulan.Marilah kita sama-sama menghitung balik diri kita adakah kita ini betul-betul menggunakan sepenuhnya peluang yang ALLAH berikan dibulan ramadhan  tahun lepas. Moga-moga, kita semua dapat mengambil iktibar diatas semua peristiwa yang  berlaku dibulan ramadhan tahun lepas agar Ramadhan yang bakal kita lalui ini menjadi lebih bermakna untuk diri kita dalam merebut sebaik-baik bekalan di sana iaitu TAKWA.

   Kewajipan berpuasa Allah SWT menjelaskan dalam Al-Quran dan  kita sebagai umat Islam wajiblah menunaikan dengan penuh rasa rendah diri dan berdisplin Firman Allah s.w.t :-
Yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)
Wahai sahabat-sahabat sekalian.

   Kelebihan melakukan ibadah lain selain berpuasa di bulan ramadhan ini ,Allah akan melipatkan ganjaran amalan kita berbanding bulan-bulan yang lain..Rasulullah s.a.w juga melakukan badah ibadah lain, antaranya Tadarus al-Quran, Solat qiam/ tarawih , Memperbanyakkan sedekah,  Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan , Zikir dan bertaqarrub kepada Allah.

    Di kesempatan ini saya selaku Presiden Kelab Iqra’ sesi 2011 mengharapkan  kita sama-sama mengambil dan memanfaatkan peluang yang Allah berikan ini agar kita sama-sama berjaya memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.

  Sebagai mengakhiri ucapan, saya mewakili pimpinan Kelab Iqra’ UTHM ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UTHM diatas kesalahan yang telah kami semua lakukan dan kami mengucapkan

“Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak”.
Wallahua’lam

Wednesday, July 6, 2011

Syaaban menjelma... Ramadan menghampri..

 Salam Syaaban..

    Saat ini semua warga muslim UTHM dan seluruh umat Islam semestinya sudah tidak sabar menghadapi bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan ini pastinya merupakan saat-saat yang ditunggu oleh seluruh umat Islam dan juga saat-saat yang dirindui. Semoga Allah memberikan kita kesempatan kepada kita untuk berada pada bulan Ramadan kali ini. Mulai saat ini marilah kita sama-sama menghitung hari sebelum Ramadan dan melakukan persiapan yang rapi.




Persiapan awal amatlah perlu sebelum ke bulan penuh tarbiyyah ini , supaya apabila sudah sampai pada waktunya kita boleh mencapai dan melebihkan amalan-amalan yang banyak ganjaran pahalanya. Bersedialah kita dari sekarang supaya kita akan menjadi seorang yang produktif pada bulan Ramadan.


InsyaAllah..di sini Kelab Iqra' UTHM ingin berkongsi sedikit mengenai amalan-amalan persedian  sebelum Ramadan:


1. Ikatkan diri dengan Al-Quran
  Rancang untuk membaca satu muka surat Al-Quran pada selepas waktu Subuh dan Asar. Baca walaupun satu muka dan pada hari seterusnya tambah bilangan muka surat. Lakukan setiap hari supaya ia menjadi kebiasaan anda.


2. Dengar bacaan Al-Quran
    Pada waktu pagi, biasakan mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan boleh pilih mana-mana qari yang diminati.


3. Baca Sirah (kisah Rasulullah s.a.w) dan Tafsir
   Pilih tajuk yang berkaitan dengan bulan Ramadan yang juga boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.


4. Solat tepat pada waktunya.
    Mulakan sekarang untuk buktikan kecintaan kepada Allah s.w.t untuk solat pada waktunya dan juga lakukan solat sunat sebelum dan selepas solat.


5. Bersedekah.
   Lakukanlah sedekah setiap hari walaupun ianya hanya senyuman :) Rancang untuk melakukan sedekah kepada sesiapa yang memerlukan.


6. Berzikir
    Rancang zikir untuk dibaca seperti SubuhanAllah, Alhamdulillah, Allah Akbar, laa ilaaha illaallah. Basahkan lidah dengan berzikir boleh elakkan daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah.Biasakan diri dengan berwudu' seharian.


7. Tidur awal dan bangun awal
    Rasullullah s.a.w biasakan diri tidur selepas Isyak' supaya baginda boleh bangun untuk berqiamulail. Biasakan sekarang tidur selepas Isyak', supaya akan ada kekuatan ketika bulan Ramadan untuk berqiamulail.


8. Puasa sunat
    Lakukan puasa Sunat Isnin dan Khamis  dan ia juga merupakan amalan Rasulullah s.a.w


9. Tutup TV dan buka siaran dengan Allah s.w.t
    Elakkan menghabiskan masa berjam-jam dengan televisyen dan perkara yang tidak berfaedah.Tinggalakan perkara dunia untuk dekatkan diri dengan Allah s.w.t. insyaAllah kita akan menjadi tenang.
 

InsyaAllah, jikalau amalan-amalan di atas cuba kita lakukan sedikit demi sedikit, untuk mencapai apa yang terbaik dalam bulan Ramadan dapat kita capai.

Di sini juga ada sedikit perkongsian untuk kita rancang dan jadualkan aktiviti harian pada bulan Ramadan.
Sila Klik Sini [ I love Ramadhan]

Tuesday, July 5, 2011

IGG KAYAKING menambah ilmu



    Alhamdunillah program IGG (Islamic Genius Group) kayak yang diadakan pada pada 3 Julai 2011 berjaya dijalankan. Terima kasih kepada urusetia dan adik-adik yang terlibat dengan program pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah diadakan pada program tersebut.

  Bermulanya dengan senaman pagi dan seterusnya dengan  pengisian melalui pelbagai LDK yang menarik. LDK yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat diharapkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan bertambah baik apabila dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain. Aktiviti yang kemuncak ialah berkayak. Ramai peserta diantaranya baru pertama kali mencuba sukan kayak ini.



  Sebelum berakhir program IGG Kayak, sedikit pengisian  dan juga jamuan ringan disediakan kepada peserta. InsyaAllah program outdoor seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang oleh Kelab Iqra' jadi jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Juga Blog.

   Untuk menjadi seorang muslim yang produktif dalam kehidupan seharian, mestilah bermula dengan badan yang cergas. InsyaAllah " akal yang cerdas datangnya dari badan yang sihat ". Untuk ikuti aktiviti Lajnah Sukan Kelab Iqra' (LSKI) boleh like page ini  ( LSKI Kelab Iqra UTHM ).

Tuesday, June 28, 2011

27 Rejab 1423H - Israk Mikraj


 Salam Isra' Mikraj... sama-sama kita hayati kisah pengorbanan Rasulullah s.a.w

Ikhlas dari Kelab Iqra' UTHM

Thursday, June 2, 2011

Sempena Kemasukan Diploma 2011/2012

Kelab Iqra' Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor dengan ini mengucapkan 
SELAMAT DATANG kepada Mahasiswa & Mahasiswi Kemasukan Diploma bagi Sesi 2011/2012 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Semoga terus berjaya di Medan Jihad Akademik

~ Dengan Hikmah Kita Meneroka, Membina Generasi Al-Quran~

Monday, May 2, 2011

Ikhtilat & Keberkatan





     Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya......
    
     Perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.

Saturday, April 16, 2011

KEMENANGAN MALAM ANUGERAH PELAJAR

Malam Anugerah Pelajar 2010 mencatatkan satu lagi sejarah buat Kelab IQRA’ UTHM apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Program Terbaik (Kebudayaan dan Kesenian).Konsert Mahabbah Al-Gaza memenangi anugerah itu selepas menewaskan tiga program lain iaitu Warisan The Musical 2010, Langkawi Keep Exploring dan UTHM Insep 2010 (International Student Exchange Program) Winter Sonata.

Presiden Kelab IQRA’,Saudara Muhammad Zulkifli bin Che Lah berkata,

“Kemenangan ini membuktikan bahawa hiburan berbentuk Islam adalah yang terbaik bagi membina jiwa mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dan Islam itu bukan agama yang menafikan hiburan tetapi setiap hiburan ini mestilah berlandaskan syariat dan ketentuan Islam itu sendiri”

Konset Mahabbah Al Gaza yang menampilkan kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu Rabbani dan Now See Heart telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga memenuhi ruang padang pentas konvokesyen yang lalu.Penampilan khas finalis program Imam Muda juga mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.

Pengarah Promosi dan Publisiti Konsert Mahabbah ,Saudara Mohd Fakhairie bin Ibrahim berkata,

“Kejayaan ini merupakan hasil titik peluh semua pihak yang begitu banyak membantu dalam gerak kerja program ini.Saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah daripada mantan presiden Kelab IQRA’ pada sesi yang lepas, Saudara Muhammad Faridz bin Ismail yang sedang menjalani Latihan Industri.”

Program ini juga berjaya mendapat liputan meluas daripada pelbagai media cetak dan massa, seperti stesyen Radio IKIM dan akhbar Sinar Harian



Saturday, March 19, 2011

Pejuang Futsal Kelab Iqra' UTHM

Pada 19 Mac 2011, pihak pengurusan Masjid Jamek UTHM dengan kerjasama Rakan Masjid UTHM telah menganjurkan pertandingan futsal secara terbuka kepada seluruh warga UTHM yang berminat. 

Berikut merupakan gambar-gambar kenangan 'pejuang-pejuang' futsal yang mewakili Kelab Iqra' UTHM yang diketuai oleh saudara Muhammad Arizatul Firdaus bin Zulkipli.

Ketua kumpulan, saudara Muhammad Arizatul Firdaus bersalaman dengan pemain Kelab Iqra' UTHM sebelum permainan bermula        
Firdaus (berbaju hijau) bersama dengan Mujahid Futsal Kelab Iqra' UTHM. Mujahidin Futsal dengan seragam ungu hitam menjadi trademark pada pertandingan kali ini. 
Aksi penjaga pintu gol Kelab Iqra' UTHM saudara Muhammad Haslizan Maliki dengan bola di tangan (",)

"Hah, ambik kau!!" Hantaran padu oleh pemain Kelab Iqra' UTHM. "Bro, cross ke sana, bukan ke sini!!" jeritan penjaga gol yang tidak kedengaran.

"Ha..ready..aku mau bagi kat hangpa ni.." arah salah seorang pemain yang berasal dari Penang.

"Adoii..panasnyer...bile nak abes ni..Ya Allah, 'sejukkan' aku.."

"Laa...awat hang block aku..?? Tu sana banyak lagi tempat kosong.."

"Ya Allah..permudahkanlah urusan sahabat-sahabatku..aku hanya pasrah menanti..." -Penjaga gol-

Aksi pihak lawan yang sempat dirakam oleh 'cctv' Kelab Iqra' UTHM.
Keputusan bagi Kelab Iqra' UTHM pada pertandingan kali ini:
- Naibn Johan Peringkat Kumpulan
- Menang 2 kali [ 1-0, 3-1]
- Kalah sekali [ 2-1]

Diharap akan dapat bertemu semula di pertandingan yang akan datang..insya Allah..

~Smile With KI~ (",)