Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Tuesday, December 14, 2010

Inspirasi Teman Antara Mahasiswa 2010


Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” 

(Surah At Taubah, Ayat 111)

Saturday, November 20, 2010

Perutusan Presiden Kelab Iqra' Sempena Peperiksaan Akhir Semester

      
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,salam imtihan atau peperiksaan akhir pada semua mahasiswa dan mahasiswi sekalian. Diharap semua berada dalam segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan Allah S.W.T kepada kita, yang takkan pernah putus sehingga Hari Kiamat. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dijanjikan Allah Syurga Firdaus sebagai balasan di Akhirat kelak.

Kini, semester pertama sesi 2010/2011 akan sampai ke penghujungnya dengan ketibaan Peperiksaan Akhir yang akan bermula pada 23 November kelak. Cukup singkat masa yang berlalu pergi meninggalkan kita. 


Benarlah kata-kata Imam Ghazali r.a…

“Yang paling jauh daripada diri kita ialah masa yang lalu.”

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha
Salam Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia
Ikhlas dari Kelab Iqra' UTHM

Saturday, November 13, 2010

Jom Sertai Konvoi 3J

Friday, October 29, 2010

AL-Fatihah

Kepimpinan Kelab IQRA' UTHM mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga nahas kemalangan jalan raya di  Genting Highlands yang mana melibatkan sebuah bas yang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan di Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam tadi.

Thursday, October 21, 2010

.FIKIR-FIKIRKANLAH!!!

Sebuah hadith Rasulullah s.a.w. berbunyi " Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya"

ANTARA FESYEN YANG DIPERTUNJUKKAN







FIKIR - FIKIRKANLAH !!!!


Saturday, October 16, 2010

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Wednesday, October 13, 2010

GARDEN TALK " LOVE IS CINTA"


TEROKAI MAKSUD SEBENAR KALIMAH C.I.N.T.A

Saturday, October 9, 2010

UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI


Kepimpinan Kelab IQRA' UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mantan Ketua Polis Negara,  Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan diatas penganugerahan  Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi), bersempena Majlis Konvokesyen Kali ke 10 Penganugerahan ini dibuat bagi menghargai sumbangan besar beliau dalam memangkin aspek pemodenan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya dalam pengaplikasian teknologi terkini dalam sistem pengurusan dan operasi PDRM. Beliau telah memperkenalkan sistem c4i (command, control, coordiation, computer, integration) yang telah banyak melancarkan operasi PDRM.

Diharap sumbangan beliau dapat menjadi contoh kepada kepimpinan negara yang baik

Semoga Allah s.w.t merahmati beliau ...Amin..

Wednesday, October 6, 2010

BICARA AMAN PALESTIN


KELAB IQRA' UTHM MEMBAWAKAN BICARA AMAN PALESTIN BERTAJUK

 " AL-AQSA KUNCI KOTA CINTA & KEKUATAN"


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

Saturday, October 2, 2010

KONSERT MAHABBAH AL-GAZA


 SEMPENA PESTA KONVOKESYEN KALI KE - 10
KELAB IQRA' UTHM MENGANJURKAN KONSERT MAHABBAH AL-GAZA

Wednesday, September 29, 2010

PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM


Kelab IQRA’ UTHM menyatakan rasa sedih dan kesal ke atas satu video yang menunjukkan seorang Paderi Kristian menghina agama Islam. Kami memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.

Dalam video tersebut paderi tersebut bertindak untuk menghina keperibadian Nabi Muhammad S.A.W , Surah Al-Fatihah, para malaikat,ibadah haji serta beberapa perkara yang lain

Petikan Berita Harian bertarikh Khamis , 30 September 2010


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

TAHNIAH ...

Timb Naib Canselor Akademik dan Alumni , Profesor Dr.Abdul Aziz
Kepimpinan Kelab IQRA' UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas perlantikan Profesor Dr. Abdul Aziz sebagai Timbalan Naib Canselor (Alumni & Antarabangsa) dan Profesor Dr. Rugayah Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Semoga rahmat Allah melimpahi bumi UTHM dibawah pengurusan Profesor TNC (Alumni &Antarabangsa) serta Profesor TNC (Penyelidikan dan Inovasi) berdua.

Amin

Tuesday, September 21, 2010

LIQA' AIDILFITRI 2010



Thursday, September 9, 2010

PERUTUSAN AIDILFITRI

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
laa ilaha illAllahu akabar.
Allahu akbar wa Lillah ilhamd

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,


Hari ini kita berkumpul dalam satu perhimpunan besar sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana berjaya melaksanakan perintah-Nya. Aidil Fitri mengingatkan kita kepada nikmat agama Islam yang menghimpunkan hati kita dalam dalam perpaduan ummah yang kukuh. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama meneruskan azam dan tekad untuk tetap berada dalam ikatan ukhuwah Islamiah yang sejati dengan melakukan amalan ziarah menziarahi dan bermaafan di hari raya ini agar kemesraan terus berkekalan.

Sunday, September 5, 2010

BUBUR LAMBUK KELAB IQRA’ UTHM



Sabda Rasulullah S.A.W
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



Pada 25 Oktober 2010 yang lepas Kelab IQRA’ UTHM telah menganjurkan satu aktiviti amal iaitu  pembahagian bubur lambuk secara percuma kepada semua masyarakat kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Thursday, September 2, 2010

PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1431 H


SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA AYAHANDA PROF DATO' DR MOHD NOH BIN DALIMIN DAN PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI

Dari : Majlis Tertinggi Kelab Iqra' UTHM

Sunday, August 29, 2010

MALAM LAILATUL QADR


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5),

Thursday, August 26, 2010

-BUBUR LAMBUK PERCUMA-

Wednesday, August 25, 2010

Talk On : Mahasiswa Merdeka

Sunday, August 22, 2010

KITA INGAT LAGI!!

Friday, August 20, 2010

KEMPEN 1 MAHASISWA 1 TAFSIR

Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. 
Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu semoga kamu bersyukur.


Surah Al-Baqarah ( 185)


Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

RAMADHAN AL-MUBARAK

Saturday, August 7, 2010

Al-Fatihah..


Al-Fatihah...


Takziah dari kami barisan kepimpinan Kelab Iqra' dan Sahabat Iqra' diatas pemergian Allahyarham Muhammad Lutfi B Hud, pelajar FKAAS, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah dijemput kembali ke sisi Penciptanya semalam akibat kemalangan jalan raya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para solehin.Dari Allah kita datang kepadanya kita kembali..

Thursday, August 5, 2010

My Love Letter!!!

Saturday, July 31, 2010

EKSPLORASI UKHWAH

PENCARIAN IMAM MUDA TERUNGGUL

Thursday, July 22, 2010

DAPATKAN SEGERA RISALAH IQRA' KINI



Dapatkan SEGERA!!!


Edisi Terhad

Dapatkan di Masjid Jamek UTHM

Antara kandungannya:-
                                   1.Nisfu Syaaban
                                   2.Peristiwa Penting Bulan Syaaban
                                   3.Taubat Sang Pemalas
                                   4.Komik

Sunday, July 18, 2010

IRAN CIPTA ROBOT PERTAMA MIRIP PERLAKUAN MANUSIA

Mungkin ramai dikalangan kita mengenali apa itu “ASIMO”.Robot ciptaan pertama syarikat HONDA yang mana kelakuannya mirip seperti seorang manusia.

Namun mungkin apabila artikel ini menyebut mengenai “Surena-2” ramai pihak akan mengeluarkan soalan  “Apa itu Surena-2?”.

Tuesday, July 13, 2010

KULIAH FEQAH AN-NISA' - AKU TERIMA NIKAHNYA...

Monday, July 12, 2010

SMART MANAGE AND GET A's II

Sunday, June 27, 2010

Adakan Kempen Anti Judi- Pengerusi LPPP

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan pemberian lesen judi bola sepak merupakan satu keputusan yang melegakan ramai pihak setelah cadangan pemberian lesen judi itu mendapat bantahan ramai diketuai oleh Gerakan Rakyat Anti Judi (GMJ) yang merancang untuk mengadakan perhimpunan aman pada 3 Julai ini. Menurut Pengerusi Lujnah Pembangunan, Penyelidikan dan Perpaduan (LPPP),Muhammad Ameerul Asri Rosli, keputusan kerajaan ini telah mengelakkan bencana yang lebih besar.

Saturday, June 26, 2010

KERAJAAN BATAL LESEN JUDI!!!

“Kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik," kata Datuk Seri Najib Razak.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini".

Tuesday, June 22, 2010

AHLAN WASAHLAN

Sunday, June 20, 2010

LAGU PIALA DUNIA 2010: WAVING FLAG



Lagu "waving flag" dinyanyikan oleh K'naan (nama asal Keinan Abdi Warsame) telah menjadi fenomena ekoran musim Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Keinan dilahirkan di Somalia pada tahun 1978, dan membesar di Mogadishu .Keinan dikenali juga sebagai penyair di Somalia, malah datuknya Haji Mohamed, adalah penulis tersohor di Somalia. Ketika berusia 13 tahun, Keinan berhijrah mengikut ibunya ke New York di mana beliau mulai mencambah minat terhadap muzik. Setelah berpindah ke Toronto, Kanada, Keinan mempelajari bahasa Inggeris dengan mendengar lagu-lagu hip hop daripada penyanyi seperti Nas dan Rakim.


Lagu asal Waving Flag adalah mengenai masyarakat yang tertindas, the oppressed. Tentu, ia adalah semangat Islam yang sebenar. Itulah keadaan masyarakat Islam pada hari ini “tertindas” oleh penindasan.Sirah Nabawiyyah telah melakarkan bahawa kehadiran Rasulullah S.A.W adalah sebagai penyelamat manusia yang tertindas . Manusia itulah yang menempa nama memperjuangkan hak-hak wanita dari ditanam hidup-hidup ,manusia itulah yang mengangkat taraf  hamba .Kerana golongan tertindaslah kebanyakan pemerintah berada dalam kebimbangan. Bimbangkan  api semangat tertindas akan dihidupkan dan sukar untuk dipadamkan. Palestin yang ditindas walaupun benar perjuangannya,Republik Islam Iran yang ditindas walau benar perjuangannya.

Wednesday, June 16, 2010

HARI SENIMAN : DIMANAKAH KUALITI FILEM SENIMAN KITA?


Selamat Hari Seniman di ucapkan kepada  seniman-seniman yang ternama atau tidak ternama.Tidak dapat  dinafikan mengenai kehebatan-kehebatan seniman-seniman negara kita sehingga ada yang tidak dapat dilupakan kehebatan mereka walau telah berjumpa Pencipta Yang Maha Esa di dunia yang lain.Pelbagai filem yang dilakonkan para seniman kita menjadi “BOX OFFICE” apabila ditayangkan sama ada di televisyen atau pawagam seluruh Malaysia.


Namun apa yang menjadi persoalan utama di sini ialah kualiti filem atau jalan cerita yang ditayangkan.Kekurangan filem-filem berkualiti dinegara kita merupakan persoalan yang harus dibincangkan oleh para seniman.Media massa hari ini lebih banyak menyiarkan cerita-cerita berbentuk tahyul termasuk cerita-cerita hantu ,sihir dan macam-macam lagi.Selepas habis satu cerita tahyul bersambung lagi cerita tahyul yang lain.

Tuesday, June 15, 2010

MAHASISWA UTHM TINGGALKAN SOLAT?


 Sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan merbahaya keatasnya.

SERANGAN PEMIKIRAN KE ATAS UMAT ISLAM

Sejak beberapa tahun ini, dapat dilihat zionis serta konco-konconya begitu rakus melakukan serangan ketenteraan kepada negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin. Banyak nyawa umat yang tidak bersalah menjadi korban. Ramai isteri menjadi janda, ramai anak-anak menjadi yatim piatu. Mereka hidup dalam trauma dan ketakutan.

Sunday, June 13, 2010

HALANG KAPAL ISRAEL MASUK KE MALAYSIA!!!

Pembunuhan 9 orang sukarelawan  Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza oleh Zionis Israel LAKNATULLAH masih lagi meninggalkan kesan yang besar didalam hati setiap manusia dan muslim.

Tidak dinafikan juga keadaan Malaysia yang begitu marah dengan kekejaman Israel tersebut yang mana bukan sahaja menghalang penghantaran bantuan kepada rakyat GAZA yang sedang menderita kelaparan tanpa makanan dan keperluan asas.


Wednesday, June 2, 2010

KONVOI GAZA: PERUTUSAN RASMI PRESIDEN KELAB IQRA’

Bismillahirrahmanirrahim ..Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa kampus UTHM  iaitu berkaitan dengan serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza.

Tuesday, June 1, 2010

TINDAKAN LEBIH TEGAS KEPADA ISRAEL – LIFELINE 4 GAZA

Dunia hari ini perlu sedar bahawa tindakan yang lebih tegas perlu di ambil kepada Israel di atas kelakuan kejam dan bersifat kebinatangan puak itu kepada masyarakat dunia.Serangan yang dilakukan keatas Armada Bantuan Antarabangsa Gaza semalam membuktikan mereka perlu di ‘ajar’ dengan lebih keras.

Monday, May 31, 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, PBB DAN OIC-Lifeline 4 Gaza

 Kelab IQRA’ UTHM menggesa kerajaan Malaysia dibawah pimpinan ayahanda Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mendesak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisation of the Islamic Conference (OIC) supaya mengambil tindakan yang segera  keatas tindakan Israel menyerang  kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sunday, May 30, 2010

Pengerusi LSKI di Sinergi Keluarga Bahagia anjuran Saifulislam T & C

29 Mei yang lalu, Mustaqim bin Yahaya, Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan Islam, LSKI Kelab Iqra' telah meluangan masa di waktu cuti semester pengajian ini dengan mengikuti program Sinergi Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy, STC di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Saturday, May 22, 2010

Batalkan segera konsert Inul Daratista





Kelab IQRA’ UTHM melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap keputusan kerajaan negeri Sabah membenarkan penganjuran ‘Konsert 1 Inul Daratista’ dan bertekad untuk membantah sekeras-kerasnya jika Konsert ini diadakan di Tawau pada hujung bulan mei ini.

Pengerusi Lajnah Sukan dan kebudayaan Islam (LSKI),Saudara Mustaqim bin Yahya, menegaskan disini bahawa Kelab IQRA’ UTHM membantah konsert tersebut diadakan kerana ianya bertentangan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Thursday, May 20, 2010

PENGAWAL ISTANA DITEMBAK: PIHAK BERTANGGUNGJAWAB DI DESAK AMBIL TINDAKAN



Kelab IQRA” UTHM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli Mohammad yang ditembak dari jarak dekat pada 1 Mei  yang lalu.

Allahyarham yang merupakan seorang pengawal istana telah menghembuskan nafas terakhir pada 3.15 pagi semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) .

Pihak kepimpinan Kelab IQRA” mendesak pihak yang bertanggungjawab terutama pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menyelesaikan kes ini-Iqra' Kini

Al-Fatihah

Tuesday, May 18, 2010

JUDI TETAP HARAM SELAMANYA


“Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.”

Berikut adalah  Rancangan Mengajar Subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1 :

1.     Ciri-Ciri Kelas

a)      Tingkatan / Tahun

b)     Pengetahuan Sedia Ada

 
Ting 1

a)      Murid telah pernah melihat gambar arak dan permainan judi serta mengetahui hukumnya sebagai seorang Islam.
b)      Murid telah biasa menggunakan internet untuk mencari bahan
c)      Murid telah biasa membentang tajuk yang ditugaskan menggunakan LCD dan Laptop
 

2.      Peruntukan
         Masa

 80 minit

3.     Tema Pelajaran
      / Topik


1.1 TILAWAH AL-QURAN

1.1.1 Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan


 4.     a)  Hasil
           Pembelajaran

















         




b)  Nilai Murni


c)  KBKK



Pada akhir proses P&P diharapkan pelajar akan dapat :

Aras 1
1.      Menerangkan konsep dan pengertian Arak serta Judi.
2.      Menyatakan dalil pengharaman Arak dan Judi

Aras 2
1.      Menerangkan hukuman ke atas peminum arak dan penjudi.
2.      Menghuraikan keburukan minum Arak dan Berjudi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Aras 3
1.      Menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada arak dan judi.
2.   Mengemukakan hikmah pengharaman arak dan judi.   

    Bertanggungjawab dan bekerjasama, tolong-menolong


Menghuraikan, menyenaraikan, penyoalan, sumbangsaran

 5.    Objektif
       Pembelajaran


Pada akhir proses P&P diharapkan pelajar akan dapat :

1.      Menerangkan konsep dan pengertian Arak serta Judi.

2.      Menyatakan dalil pengharaman Arak dan Judi

3.      Menerangkan hukuman ke atas peminum arak dan penjudi.

4.      Menghuraikan keburukan minum Arak dan Berjudi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.


5.      Menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada arak dan judi.

6.      Mengemukakan hikmah
      pengharaman arak dan judi.



Kelab IQRA” UTHM menegaskan disini bahawa judi atau pertaruhan adalah haram dan ia akan kekal HARAM
Firman ALLAH s.w.t

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

Surah Al-Baqarah:219


Iqra' Kini